Advertisements

Penjana Komuniti@SME Bank 3.0: Bimbingan Peniaga Mikro B40

Usahawan mikro atau kecil B40 yang terdiri daripada asnaf, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan lain-lain yang ingin mendapat latihan dan bimbingan perniagaan, mereka dialu-alukan untuk menyertai Penjana Komuniti@SME Bank 3.0.

Penjana Komuniti@SME Bank 3.0 adalah program latihan dan bimbingan bekenaan pemasaran digital dan asas-asas pengurusan perniagaan yang dilaksanakan oleh SME Bank dan dijalankan khusus kepada usahawan mikro atau kecil B40.

Program ini bertujuan untuk memperkasakan keupayaan dan kemahiran usahawan mikro dan kecil B40 menjalankan perniagaan terutamanya melibatkan pemasaran digital dan asas pengurusan perniagaan.

Usahawan mikro atau kecil B40 yang berminat boleh membuat pendaftaran untuk menyertai program ini dengan segera sebelum 30 Ogos 2022.

Kriteria Usahawan

Usahawan yang layak menyertai program ini adalah mereka yang terdiri daripada usahawan:

  • Asnaf
  • Ibu tunggal
  • Mikro
  • B40
  • Orang Kelainan Upaya (OKU)

Modul Latihan

Modul latihan yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti berikut:

  • Pengurusan Kewangan Perniagaan
  • Latihan Asas Pemasaran Digital
  • Gerbang Pembayaran Tanpa Tunai

Cara Mendaftar

Pendaftaran program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfAoqGwdmcGVm6AgRjpWNhO8eWNbc3XsFbqc2yQRitC54NYKA/viewform
  2. Isi maklumat pendaftaran dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Penjana Komuniti@SME Bank 3.0, sila hubungi:

  • Puan Norhamira Amir Sharippudin: 012-280 6058
  • Mohd Nasrulhanis Ruslan: 019-242 3602

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.