Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ( Yayasan Peneraju) dengan kerjasama UKM akan menganjurkan Kursus Kesediaan Kerjaya secara percuma kepada graduan OKU pada 15-16 Ogos 2022 dan 17-18 Ogos 2022 bertempat di Bangi Resort Hotel.
Graduan yang mengikuti program kursus ini akan ditawarkan peluang pekerjaan melalui skim MySTEP.
Graduan yang berminat boleh membuat pendaftran sebelum tarikh tutup pada 10 Ogos 2022.
Disini dikongsikan info lanjut mengenai Program Kerjaya Graduan OKU ini.
Baca juga : Cara Mohon Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan (PSLK MAINS)
Objektif Program
Objektif program ini adalah untuk:
- Meningkatkan kesediaan kerjaya graduan OKU dan kesediaan majikan untuk penempatan kerja graduan OKU.
- Oleh itu, 40 orang peserta akan dipilih untuk mengikuti kursus ini.
- Manakala 20 orang peserta akan ditawarkan pekerjaan melalui skim MySTEP.

Maklumat Kursus
Berikut adalah beberapa info tentang program kursus kerjaya ini :
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Nama Penganjur : Peneraju Juang Skil Kerjaya
- Anjuran : Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dengan kerjasama UKM
- Tarikh Kursus : 15-16 Ogos 2022 dan 17-18 Ogos 2022 (tidak boleh pilih tarikh)
- Lokasi : Bangi Resort Hotel
- Tarikh Tutup Pendaftaran : 10 Ogos 2022 (Rabu)
Kemudahan Yang Disediakan
Antara kemudahan yang disediakan kepada peserta sepanjang tempoh kursus adalah seperti berikut:
- Makan dan minum percuma
- Penginapan percuma
Kriteria Graduan OKU
Berikut adalah kriteria graduan OKU yang boleh membuat permohonan:
- Bumiputera
- OKU Fizikal/ Pendengaran minor/ Penglihatan minor
- Berumur 21 hingga 30 tahun
- Kelayakan minima Diploma dalam bidang berkaitan (tahun graduasi 2017 – 2022)
- Tidak bekerja
- Berminat dan bersedia menerima tawaran kerja MySTEP pada Ogos/September 2022
- Sihat dan boleh bekerja
Cara Permohonan
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kursus ini, sila isikan maklumat diri di google form ini sebelum 10 Ogos 2022 (Rabu) di pautan berikut:
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh hubungi [email protected] atau hubungi talian 012-2950152.
Baca juga : Tawaran Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu (SPC)