Pemilik bengkel di Negeri Pulau Pinang yang memerlukan bantuan boleh memohon bantuan yang disediakan oleh Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) iaitu Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang, MAINPP ini diberikan kepada pemilik bengkel yang layak dan beroperasi atau bermastautin di negeri tersebut.
Pemberian bantuan ini sekaligus membantu pemilik bengkel di Pulau Pinang untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka terutamanya mereka yang tidak menerima apa-apa bantuan daripada pihak lain.
Permohonan bantuan ini dibuka mulai 8 Ogos 2022, hari Isnin dan akan ditutup pada 22 Ogos 2022, hari Isnin.
Pemilik Bengkel
Pemilik bengkel yang layak untuk menerima bantuan khas ini adalah seperti berikut:
- Bengkel membaiki kereta/motor
- Bengkel mengimpal/mengecat
- Bengkel membaiki barangan elektrik/elektronik/penghawa dingin
- Bengkel besi
- Bengkel perabot
Syarat Kelayakan & Permohonan
Syarat kelayakan dan permohonan bagi bantuan khas ini adalah seperti:
- Pemastautin dan mempunyai premis/bengkel yang beroperasi di negeri Pulau Pinang.
- Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan PBT.
- Belum menerima bantuan perniagaan tahun 2021/2022.
- Perniagaan merupakan sumber utama pendapatan keluarga.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan yang disediakan oleh pihak Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Borang permohonan tersebut boleh didapati di mana-mana kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran.
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar semula ke kaunter perkhidmatan zakat tersebut.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang, MAINPP, sila hubungi Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian 011-2827 4558 atau melayari laman web https://v2.zakatpenang.com/.