Advertisements

Permohonan Gantian Kad Pengenalan (MyKad)

Advertisements

Kad Pengenalan merupakan sejenis dokumen yang sangat penting dan perlu dibawa kemana sahaja.

Ini kerana tugas kad pengenalan ini adalah untuk menyatakan identiti pembawanya.

Oleh itu, kad pengenalan ini sangatlah penting bagi setiap individu. Bagi individu yang kehilangan atau kerosakan kad pengenalan, anda boleh membuat permohonan gantian kad pengenalan yang baru.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat lanjut tentang permohonan gantian kad pengenalan.

Baca juga : Permohonan Visa Dengan Rujukan (Pas Lawatan Sosial)

Jenis Permohonan Gantian Kad Pengenalan (MyKad)

Berikut merupakan 4 jenis permohonan gantian kad pengenalan (Mykad) yang boleh dibuat :

1- PERMOHONAN GANTIAN KAD PENGENALAN (MyKad atau MyPR) 18 TAHUN WARGANEGARA / BUKAN WARGANEGARA

Setiap orang yang telah mencapai umur 18 tahun dan memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara atau Pemastautin Tetap hendaklah membuat gantian kad pengenalan selewat-lewatnya apabila mencapai umur 25 tahun.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat-syarat Permohonan

  • Berumur genap 18 tahun hingga mencapai umur 25 tahun
  • Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN

Prosedur Permohonan

  • Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan

Dokumen Yang Diperlukan

  • Kad Pengenalan asal

Kadar Bayaran

  • Warganegara : RM 10.00
  • Bukan Warganegara : RM 40.00

2- PERMOHONAN GANTIAN HILANG KAD PENGENALAN (MyKad/ MyTentera atau MyPRT/MyKAS)

Setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

Prosedur Permohonan

  • Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN berhampiran.
  • Pemohon perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah ataupun akibat kecuaian.
  • Laporan Polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang Kurang Upaya.
  • Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam.
  • Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, kecurian, malapetaka dan seumpamanya, laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.

Kadar Bayaran

  • Warganegara
    • Kali Pertama :
      • Permohonan: RM 10.00
      • Proses: RM 100.00
      • Jumlah: RM 110.00
    • Kali Kedua :
      • Permohonan: RM 10.00
      • Proses: RM 300.00
      • Jumlah: RM 310.00
    • Kali Ketiga :
      • Permohonan: RM 10.00
      • Proses: RM 1000.00
      • Jumlah: RM 1010.00
  • Bukan Warganegara
    • Kali Pertama :
      • Permohonan: RM 40.00
      • Proses: RM 100.00
      • Jumlah: RM 140.00
    • Kali Kedua :
      • Permohonan: RM 40.00
      • Proses: RM 300.00
      • Jumlah: RM 340.00
    • Kali Ketiga :
      • Permohonan: RM 40.00
      • Proses: RM 1000.00
      • Jumlah: RM 1040.00

3- PERMOHONAN GANTIAN ROSAK KAD PENGENALAN

Setiap orang yang Kad Pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon Kad Pengenalan gantian.

Prosedur Permohonan

  • Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Kad Pengenalan asal pemohon yang rosak semasa permohonan boleh dibuat di kaunter; atau
  • Semasa pengambilan Kad Pengenalan baharu bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.

Kadar Bayaran

  • Warganegara : RM 10.00
  • Bukan Warganegara : RM 40.00

Nota : Bagi permohonan gantian Kad Pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah PERCUMA.

4- PERMOHONAN GANTIAN TUKAR ALAMAT KAD PENGENALAN

Setiap orang yang memiliki Kad Pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih hendaklah membuat gantian penukaran alamat pada Kad Pengenalan.

Syarat-syarat Permohonan

  • Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia.
  • Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.

Prosedur Permohonan

  • Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.
  • Mengisi Borang Permohonan Pertukaran Alamat.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Kad Pengenalan asal; dan
  2. Bil Elektrik; atau
  3. Bil Pembentungan; atau
  4. Bil Utiliti; atau
  5. Cukai Pintu; atau
  6. Borang Taksiran Cukai Pendapatan; atau
  7. Perjanjian Jual Beli Rumah; atau
  8. Perjanjian atau Resit Sewa Rumah (sekiranya Menyewa); atau
  9. Lain-lain Dokumen Pembuktian Pemohon Menetap di Alamat Baharu tersebut

Borang-borang

  • Borang Permohonan Pertukaran Alamat

Kadar Bayaran

  • Warganegara :
    • RM 10.00 (jika melibatkan pengeluaran kad baru)
    • RM 2.00 (pertukaran alamat dalam cip tanpa melibatkan pengeluaran kad baru)
  • Bukan Warganegara :
    • RM 40.00 (jika melibatkan pengeluaran kad baharu)
    • RM 2.00 (jika pertukaran alaman dalam cip tanpa melibatkan pengeluaran kad baru)

Dokumen Rujukan

Baca juga : Gantian MyKad Online JPN (Hilang Kad Pengenalan / Cip Rosak)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.