Advertisements

Sertai Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills

Advertisements

Warganegara Malaysia berbangsa India yang berminat untuk meningkatkan kemahiran perniagaan mereka menerusi digital, mereka dialu-alukan untuk memohon Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills yang ditaja oleh Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA), Kementerian Perpaduan Negara dan Marvin Choice Resources.

Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills ini dilaksanakan bagi melatih usahawan berbangsa India mengenai pendigital perniagaan yang mampu meningkatkan pendapatan mereka dalam bidang keusahawanan.

Usahawan yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 31 Ogos 2022.

Lokasi Program

Terdapat 2 lokasi program ini akan dijalankan iaitu:

  • Johor Business Chamber and Annapoorani Banquet Hall (Johor Bahru, Johor)
  • My Fame Hotel (Seremban, Negeri Sembilan)

Tempoh Program

Tempoh program yang akan disertai oleh para peserta adalah selama 5 hari.

Manfaat Yang Diperoleh

Peserta program ini akan mendapat manfaat yang diperoleh seperti:

  • Elaun Peserta dan Makanan
  • Kit Permulaan
  • Sijil Akademi

Modul Kursus

Modul kursus yang akan dipelajari oleh pelajar adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Alat Pemasaran Digital
  • Instagram Marketing
  • Tik Tok Marketing
  • Facebook Marketing
  • You Tube Marketing
  • Whatsapp Marketing
  • Digital Business
  • Database Collection
  • E-Mail Marketing
  • Editing Software

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berbangsa India daripada keluarga B40- belia dan dewasa.
  2. Pengalaman dalam perniagaan melebihi 1 tahun.
  3. Hanya 200 peserta yang memenuhi syarat kelayakan akan dimaklumkan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuJjldrIUzDWpu7M0S0mII0ctn3oZjlpmjWnmuxgoSeDg92g/viewform
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Muat naik dokumen sokongan B40.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills, sila hubungi:

  • Pengarah Program Marvin Choice (En. Ganesha)- 017 5954632.
  • MITRA-03-80918178.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.