Advertisements

Dana Bantuan Kasih Niaga Melaka 2022 Sehingga RM1,000

Usahawan Mikro dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Melaka kini boleh memohon bantuan terbaharu daripada Kerajaan Negeri Melaka berbentuk pembiyaan geran iaitu Dana Bantuan Kasih Niaga.

Kewujudan dana bantuan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri Melaka bagi membangunkan dan menyokong ekonomi rakyat tempatan agar lebih berdaya saing dan maju.

Menerusi Dana Bantuan Kasih Niaga, usahawan yang layak akan menerima bantuan pembiayaan berbentuk geran sehingga RM1,000 bagi tujuan perniagaan mereka.

Untuk makluman, kerajaan Negeri Melaka telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan dana bantuan ini yang akan memberikan manfaat kepada 1000 orang usahawan di negeri tersebut.

Permohonan bagi Dana Bantuan Kasih Niaga telah dibuka sehingga 30 Ogos 2022.

Maklumat Pembiayaan

Pembiayaan yang boleh dipohon menerusi Dana Bantuan Kasih Niaga adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan mesin dan peralatan perniagaan
  • Khidmat rundingan dan pembangunan produk
  • Promosi dan pemasaran
  • Pembiayan bahan mentah
  • Modal kerja

Jenis Perniagaan

Semua perniagaan layak memohon Dana Bantuan Kasih Niaga kecuali:

  • Perkhidmatan insurans/perkhidmatan pengangkutan/sewaan kenderaan/homestay
  • Institusi kewangan/pinjaman wang
  • Multi-level marketing
  • Ejen jualan/wakil penjual/dropship
  • Perniagaan nombor ramalan/minuman keras/rokok/rokok elektronik

Syarat Kelayakan

Usahawan yang ingin memohon Dana Bantuan Kasih Niaga perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  • Perniagaan pemohon hendaklah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) atau Sijil Amalan Professional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh.
  • Pemohon mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan bagi penjaja atau peniaga kecil.
  • Perniagaan beroperasi dan beralamat di Melaka.
  • Perniagaan adalah Mikro atau jualan tahunan kurang atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
  • Perniagaan yang dijalankan sepenuh masa sahaja.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

1. Muat turun borang permohonan di bawah

2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.

3. Sediakan dokumen sokongan dengan lengkap.

4. Hantar borang permohonan ke Pejabat Daerah yang berdekatan:

Pejabat DaerahAlamat
Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka TengahAras Bawah & Aras 1 Bangunan Wisma Negeri Jalan Wisma Negeri, Kompleks MITC 75450 Melaka.
Pejabat Daerah dan Tanah JasinPejabat Daerah dan Tanah Jasin, 77000 Jasin,
Melaka.
Pejabat Daerah dan Tanah Alor GajahPejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah 78000 Alor Gajah, Melaka.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan berikut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan/MyKad
  2. Gambar pemohon berukuran passport
  3. Salinan Lesen Perniagaan atau Pendaftaran SSM
  4. Salinan penyata kewangan/akaun bank atau penyata pendapatan (mana yang berkaitan)
  5. Gambar perniagaan
  6. Salinan perjanjian sewa
  7. Bil utiliti atau resit pembayaran

Untuk salinan Kad Pengenalan dan salinan Lesen Perniagaan atau pendaftaran SSM, setiap helaian mestilah telah disahkan oleh pegawai yang layak (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kempung/ Pengerusi JKK).

Bagi salinan penyata kewangan/akaun bank atau penyata pendapatanm salinan tersebut mesti mendapat pengesahan daripada pegawai bank.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Dana Bantuan Kasih Niaga, sila hubungi Pebajat Daerah masing-masing:

  • Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah: 06-333 3333
  • Pejabat Daerah dan Tanah Jasin: 06-529 8101
  • Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah: 06-559 1229

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.