Advertisements

Permohonan Bantuan Projek Pertanian 2023 Negeri Pahang

Pengusaha pertanian Negeri Pahang yang mempunyai tanah dan ingin mengusahakan tanah tersebut untuk tujuan pertanian, mereka kini boleh mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pertanian Negeri Pahang menerusi Bantuan Projek Pertanian 2023.

Bantuan Projek Pertanian 2023 ditawarkan kepada pengusaha pertanian yang berminat untuk menceburi dan membangunkan industri pertanian di Negeri Pahang.

Justeru itu, pengusaha pertanian yang berminat dialu-alukan untuk membuat permohonan kepada Jabatan Pertanian Negeri Pahang dengan segera sebelum 15 September 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan projek pertanian ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Mempunyai tanah geran/syrat hak pemilik/surat kebenaran mengusaha yang dibenarkan serta mempunyai tanah sekurang-kurangnya 0.40 HA (1 ekar).
  3. Memberikan komitmen sepenuhnya terhadap projek dan boleh berdikari sendiri serta menunjukkan daya usaha terhadap projek.
  4. Jika pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, permohonan bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan.

Cara Memohon

Permohonan projek pertanian ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://cdn.me-qr.com/pdf/8621812.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar semua dokumen ke Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan Geran/Surat Kuasa/Resit Bayaran Cukai/Surat Perjanjian
  3. Salinan permit pekerja asing (jika berkenaan)

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Projek Pertanian 2023, sila hubungi:

  • Pejabat Pertanian Daerah Kuantan: 09-5366566
  • Pejabat Pertanian Daerah Pekan: 09-4221394
  • Pejabat Pertanian Daerah Rompin: 09-4140151
  • Pejabat Pertanian Daerah Maran: 09-4771528
  • Pejabat Pertanian Daerah Temerloh: 09-2901200
  • Pejabat Pertanian Daerah Bera: 09-2557353
  • Pejabat Pertanian Daerah Jerantut: 09-2662300
  • Pejabat Pertanian Daerah Bentong: 09-2236040
  • Pejabat Pertanian Daerah Raub: 09-3551267
  • Pejabat Pertanian Daerah Lipis: 09-3121231
  • Pejabat Pertanian Daerah Cameron Highlands: 05-4901661

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.