Advertisements

Program Persediaan Alam Pekerjaan Belia OKU Selangor

Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) dengan kerjasama Universiti SEGi akan mengadakan satu program untuk membantu belia OKU yang ingin menyambung pelajaran atau bekerja iaitu Program Persediaan Alam Pekerjaan.

ANIS adalah program yang diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud dengan tujuan memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor.

Program Persediaan Alam Pekerjaan merupakan program bimbingan yang ditawarkan kepada belia OKU yang ingin menyambung pelajaran atau bekerja.

Untuk belia OKU yang berminat, mereka dialu-alukan membuat permohonan segera secara atas talian untuk menyertai program ini.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Berumur 17 hingga 22 tahun.
  2. Belia yang mempunyai masalah pembelajaran.
  3. Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang mampu menguruskan diri.
  4. MBPK yang telah menguasai 3M (Membaca, Menulis, Mengira).
  5. Ibu/bapa/penjaga pemohon merupakan pengundi Negeri Selangor.

Cara Mendaftar

Pendaftaran boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan pendaftaran https://docs.google.com/forms/d/1uFTVHWdbesxRwQCDLM5hegBhcZCSNKU3Y1P5N2tqoKk/viewform?edit_requested=true.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Persediaan Alam Pekerjaan ini, sila hubungi urusetia program di talian 03-55453170.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.