MyWIRA: Permohonan Pengeluaran Khas RM500 Pencarum LTAT
Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan dibenarkan untuk membuat permohonan Pengeluaran Khas RM500 secara one-off menerusi aplikasi MyWIRA.
Pengeluaran khas ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sempena Sambutan Jubli Emas Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Menerut beliau, pengeluaran khas itu sebagai insentif bagi membantu para pencarum LTAT bagi menangani beban kewangan yang dihadapi mereka.
Para pencarum yang ingin membuat permohonan pengeluaran ini boleh membuat permohonan menerusi aplikasi tersebut.
Tarikh Permohonan & Pengeluaran
Permohonan boleh pengeluaran ini boleh dibuat mulai 10 Oktober hingga 10 Disember 2022.
Pengeluaran dijangka akan dilaksana bermula 19 hingga 23 Disember 2022.
Mengenai Aplikasi MyWIRA
MyWIRA adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan para pencarut mengakses akaun caruman LTAT mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Antara ciri utama yang terdapat dalam aplikasi ini ialah:
- Penyata Caruman – membolehkan anggota melihat maklumat akaun caruman LTAT tahun semasa dan tahun sebelumnya.
- Pengeluaran – memeriksa status permohonan pengeluaran, sejarah transaksi pengeluaran, senarai semak dokumen pengeluaran caruman dan maklumat kontak kecemasan anggota.
- Unit Amanah – mengakses maklumat mengenai akaun unit amanah dan pautan semakan dana Affin Hwang anggota.
- Yayasan LTAT – menyemak status permohonan Yayasan LTAT dan maklumat berkenaan Yayasan LTAT.
- Pengumuman – paparan pengumuman terbaru dari LTAT.
- Program Manfaat – akses tawaran dan promosi eksklusif oleh anak syarikat dan rakan kongsi LTAT.
- MyWIRA Chatbot – Chatbot kami, MyRA sentiasa bersedia memberikan maklumat mengenai pengeluaran caruman LTAT dan senarai Soalan Lazim kami.
- Hubungi Kami – maklumat lanjut berkenaan alamat, nombor telefon, emel dan waktu operasi.
- Laman web LTAT – pautan ke laman web LTAT.
Cara Mendaftar Aplikasi
Untuk mendaftar aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyWIRA menerusi Google Play Store dan Apple App Store.
- Klik ‘Daftar’ untuk mendaftar sebagai pengguna.
- Isi butiran diri yang tepat.
- Pengguna akan menerima kod pengesahan.
- Isi kod pengesahan yang telah dihantar ke nombor telefon pintar/email yang didaftarkan di dalam kotak berkenaan.
- Tekan ‘Selesai’ dan pengguna boleh log masuk untuk mengakses akaun mereka.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Khas RM500, sila layari laman web https://www.ltat.org.my/.