BigPay kini menawarkan ganjaran kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membuat bayaran melalui aplikasi kewangan tersebut menerusi Kempen Merdeka With BigPay!.
Untuk pengetahuan, BigPay merupakan aplikasi kewangan yang didatangkan bersama Prepaid MasterCard dan Visa serta aplikasi untuk membolehkan pengguna membuat transaksi bayaran.
Ganjaran yang ditawarkan adalah melalui Kempen Merdeka With BigPay! iaitu kempen yang dilaksanakan untuk menggalakkan dan memudahkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman PTPTN di samping berpeluang memenangi ganjaran istimewa.
Pelaksanaan kempen ini diharap dapat memberi peluang kepada para peminjam untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara konsisten melalui aplikasi tersebut.
Tempoh Kempen
Pelaksanaan kempen ini bermula iaitu dari 15 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.
Katgori Ganjaran
Kategori ganjaran yang ditawarkan menerusi kempen ini adalah seperti berikut:
Kategori | Pemberian Ganjaran | Bilangan Pemenang |
Bayaran balik pinjaman minimum RM2,000 secara one off menggunakan BigPay | RM50 cashback dan 6x mata ganjaran yang akan dikreditkan ke dalam e-wallet BigPay | 100 pengguna terawal setiap bulan (Ogos dan September). Jumlah keseluruhan pemenang yang layak adalah 200 orang |
Bayaran balik pinjaman minimum RM200 melalui potongan debit secara berturut-turut pada bulan Ogos dan September menggunakan BigPay | Berpeluang memenangi tiket penerbangan domestik bernilai RM200 | 20 pemenang |
Syarat Penyertaan
Untuk menyertai kempen ini, syarat penyertaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada pengguna BigPay atau/dan peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman di dalam tempoh kempen.
- Setiap pengguna layak menerima pemberian ganjaran sekali sahaja untuk setiap kategori.
Pengumuman Pemenang
Pemenang kempen ini akan diumumkan di media sosial BigPay iaitu:
- Instagram: https://www.instagram.com/bigpayme/?hl=en
- Facebook: https://www.facebook.com/bigpaymalaysia/
Pemenang juga akan menerima ganjaran yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari setelah kempen tamat.
Mereka yang memenangi ganjaran tiket penerbangan domestik perlu menghubungi Bahagian Pemasaran BigPay melalui e-mel [email protected] dan memberi maklumat seperti berikut:
- Nama penuh (mengikut Kad Pengenalan)
- Nombor telefon bimbit
- Emel yang digunakan untuk mendaftar dengan BigPay untuk tujuan pengenalan
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Kempen Merdeka With BigPay!, layari laman web https://www.ptptn.gov.my/kempen-merdeka-with-bigpay