Advertisements

Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Bagi Siswazah Kelas Pertama

Advertisements

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kerajaan akan mengembalikan keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama.

Keistimewaan itu akan diberi kepada graduan yang meminjam PTPTN dan telah menamatkan pengajian mereka bermula 2019, tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Beliau berkata, tawaran pengecualian bayaran balik PTPTN ini kepada pelajar adalah untuk memberi dorongan kepada pelajar agar belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan terbaik dalam pengajian.

“Ini sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN, di sini hari ini.

Dalam ucapan sama, Ismail Sabri berkata, 3.67 juta peminjam dibantu bagi meneruskan pengajian dengan keseluruhan pinjaman berjumlah RM 66.8 bilion sehingga kini.

Beliau berkata, tindakan membayar balik pinjaman pendidikan amat penting bagi menjamin kesinambungan dana kepada pelajar baharu yang juga waris masa hadapan negara.

“Kerajaan melalui PTPTN menyediakan peruntukan lebih RM 3 bilion setahun bagi membiayai pinjaman pendidikan kepada purata lebih 180,000 pelajar baharu.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

“Bagaimanapun, timbul kebimbangan kebergantungan rakyat terhadap pinjaman yang menyebabkan graduan masa hadapan terikat dengan bayaran balik pinjaman pendidikan setelah menamatkan pengajian.

“Justeru, kerajaan mewujudkan inisiatif Simpan SSPN sejak 2004 bagi memastikan Keluarga Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman dan tidak terbeban di kemudian hari,” katanya.

Baca juga: Cara Mudah Bayar Pinjaman PTPTN Guna Akaun Dua KWSP 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements