Advertisements

SSM OBA: Senarai Syarikat Perniagaan Disyaki Terlibat Penipuan

Advertisements

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah membangunkan satu laman web yang menyenaraikan syarikat perniagaan yang disyaki terlibat dalam penipuan iaitu SSM Online Business Alert (SSM OBA).

SSM OBA merupakan satu inisiatif untuk memberi kesedaran awal kepada orang awam untuk tidak terpedaya dan tertipu dengan pelbagai entiti yang menjalankan perniagaan yang tidak beretika.

Laman web ini dapat memberi kesedaran awal kepada orang ramai dan langkah berjaga-jaga dapat diambil sebelum membuat apa-apa pembelian menerusi perniagaan atas talian.

Ini dapat mengurangkan penipuan atas talian terhadap orang ramai.

Penipuan Atas Talian

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan sebanyak 71,833 kes jenayah komersial telah disiasat membabitkan jumlah kerugian lebih RM5.2 bilion sepanjang 2020 hingga Mei 2021 yang mana 48,850 kes atau 68% daripada jumlah terbabit adalah jenayah komersial yang membabitkan penipuan dalam talian.

Selain itu, kes penipuan pembelian e-dagang juga mencatatkan peningkatan daripada 8,851 kes pada 2020 meningkat kepada 9,569 pada tahun lalu dan setakat Mei 2022, sebanyak 3,833 kes direkodkan.

Faktor berlakunya peningkatan penipuan atas talian adalah apabila dunia berdepan pandemik COVID-19, penggunaan internet yang lebih meluas dan secara langsung menyebabkan penipuan atau kejadian ‘scam’ secara dalam talian meningkat.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Senarai Syarikat

Senarai syarikat yang disyaki telibat dalam penipuan boleh disemak menerusi langkah berikut berikut:​

  1. Layari laman web berikut https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Quick_Link/SSM-OBA.aspx
  2. Klik perkataan ‘SSM OBA.’
  3. Senarai syarikat yang disyaki dipaparkan.

Cara Membuat Laporan

Individu yang mengalami kes penipuan boleh membuat laporan menerusi kaedah berikut:

  1. Buat laporan dengan menghantar email ke [email protected]
  2. Lampirkan alamat URL syarikat yang disyaki.
  3. Lampirkan bukti penipuan.
  4. Lampirkan laporan polis.

Nasihat SSM

SSM menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan yang ditawarkan di atas talian.

Orang ramai perlu memastikan entiti perniagaan tersebut berdaftar dengan SSM.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai SSM OBA, layari laman web https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Quick_Link/SSM-OBA.aspx.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.