Advertisements

ILTIZAM PDP: Program Pembangunan Professional Graduan

Advertisements

Graduan yang masih mencari pekerjaan dan menghadapi masalah dalam temuduga adalah dialu-alukan untuk menyertai ILTIZAM Professional Development Programme (PDP) yang dilaksanakan oleh Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas).

ILTIZAM PDP merupakan inisiatif Program Tanggungjawab Korporat (CSR) Ekuinas untuk membantu graduan dan siswazah bumiputera yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.

Menariknya, program ini bukan sekadar bertujuan untuk membantu graduan bumiputera bukan sekadar mendapat pekerjaan tetapi juga membina kerjaya cemerlang dan menjadi contoh, pemimpin kepada komuniti serta rakan sebaya mereka.

Sejak tahun 2012, Ekuinas telah membantu kira-kira 600 graduan memperoleh pekerjaan.

Untuk sesi pengambilan akan datang, permohonan telah dibuka mulai 15 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.

Mengenai ILTIZAM PDP

ILTIZAM PDP ialah program selama 12 bulan yang menyediakan graduan Bumiputera yang berkelayakan dengan penempatan kerja selama setahun sebagai Pelatih Eksekutif di Ekuinas, syarikat portfolio dan syarikat rakan kongsi.

Selain pembelajaran dan latihan di tempat kerja, graduan juga akan didedahkan dengan modul latihan berstruktur yang menjurus kepada pengetahuan yang berkaitan pembangunan peribadi, kecekapan teknikal, dan kemahiran insaniah yang penting untuk bersaing dan berjaya di tempat kerja.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Graduan juga akan belajar teknik memasarkan dan menjenamakan diri mereka sendiri menerusi latihan yang akan meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehpasaran mereka.

Manfaat Yang Bakal Diterima

Manfaat yang bakal diterima graduan menerusi program ini adalah seperti berikut:

  • Gaji bulanan yang kompetitif
  • Faedah Perubatan
  • Perlindungan insurans
  • Cuti tahunan

Komponen Program

Komponen program yang bakal dilalui oleh para graduan adalah seperti berikut:

  • Latihan Semasa Kerja
  • Pengalaman Kerja
  • Pembangunan Diri
  • Modul Latihan Berstruktur
  • Coaching dan Mentoring
  • Semakan Kemajuan (pembangunan kemajuan untuk 1 tahun)

Syarikat Yang Terlibat

Syarikat yang terlibat dalam program ini adalah seperti berikut:

  1. Habib Jewels Sdn Bhd
  2. Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd
  3. Dagang Nexchange Berhad
  4. Malayan Flour Mills Berhad
  5. ANZ Engineering Sdn Bhd
  6. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
  7. Tenby Schools Malaysia
  8. Ahlan Academy for Excellence Sdn Bhd
  9. Efficient Frontier Consulting Sdn Bhd
  10. Coach2Success Consultancy Sdn Bhd
  11. Cosmopoint Sdn Bhd
  12. UNITAR International University
  13. Malaysian Gas Association
  14. Alfameli Sdn Bhd
  15. MyParcel Asia Sdn Bhd
  16. GFM Services Berhad
  17. TresGo Sdn Bhd
  18. HATI International Sdn Bhd
  19. SOCIO Intelligence Sdn Bhd
  20. Desaru Development Holdings One Sdn Bhd
  21. Alam Flora Sdn Bhd
  22. Wetlands International
  23. Ethis Ventures Sdn Bhd
  24. MaySky (M) Sdn Bhd
  25. Zaahara Ventures Sdn Bhd
  26. Z&SR Architechtural Ventures Sdn Bhd
  27. Chartered Institute of  Islamic Finance Professionals
  28. EYTC Group and Resources Sdn Bhd
  29. MedKad Sdn Bhd
  30. NanoC Ventures Sdn Bhd
  31. The ECEOs Sdn Bhd
  32. Revenue Valley Sdn Bhd

Syarat Kelayakan

Graduan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:

  1. Minimum 3.0 PNGK – Lepasan Ijazah Sarjana Muda IPTS/IPTA tempatan dalam mana-mana bidang boleh memohon.
  2. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, pemimpin semula jadi dan boleh bekerja dalam pasukan.
  3. Pendapatan kasar nulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.
  4. Siswazah yang tidak bekerja atau menganggur sekurang-kurangnya 6 bulan
  5. Umur maksimum untuk memohon adalah 28 tahun.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://iltizam.ekuinas.com.my/pillars/education/pdp/.
  2. Klik butang ‘Apply Now.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Buat permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai ILTIZAM PDP, sila layari laman web https://iltizam.ekuinas.com.my/pillars/education/pdp/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.