Kerajaan Negeri Terengganu telah membuka permohonan kepada ibu tunggal yang memerlukan bantuan one-off yang disediakan menerusi Bantuan Ibu Tunggal.
Bantuan Ibu Tunggal ini adalah bantuan one-off yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu khas kepada ibu tunggal di negeri tersebut.
Selain itu, ibu tunggal yang layak menerima bantuan ini mestilah daripada mereka yang berpendapatan rendah.
Permohonan bantuan ini telah dibuka mulai 24 Ogos 2022 dan akan ditutup pada 3 September 2022.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada semua wanita yang berstatus ibu tunggal.
- Penerima bantuan i-FITRI tidak layak memeohon.
- Pendapatan isi rumah pemohon mestilah di bawah RM2,500 sebulan.
- Penjawat awam dan kakitangan kerajaan tidak layak memohon.
Syarat Utama i-Bantuan
Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu membuat permohonan melalui sistem i-Bantuan.
Bagi permohonan menerusi i-Bantuan, syarat utama yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mestilah telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
- Permohonan mestilah dibuat secara atas talian melalui sistem i-Bantuan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuata menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/.
- Klik bahagian ‘Daftar.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Sekiranya maklumat pemohon (KIR) tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.
- Untuk memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, sila muat turun Borang PRT20, lengkapkan, dan hantar terus kepada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik butang ‘Mohon’ pada ruangan Bantuan Ibu Tunggal.
- Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Berikutnya.’
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Jika berjaya, isi borang permohonan dengan lengkap.
- Klik butang ‘Simpan dan Cetak.’
- Lengkapkan lampiran yang diperlukan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.