Advertisements

Permohonan Bantuan OKU Kerajaan Negeri Terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu turut menyediakan Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi mereka yang tergolong dalam golongan tersebut.

Bantuan OKU ini disalurkan bagi meringankan beban golongan OKU di Negeri Terengganu sekali gus dapat membantu mereka meneruskan kehidupan.

OKU di Negeri Terengganu yang memerlukan bantuan ini adalah dialu-alukan untuk memohon melalui sistem i-Bantuan mulai 24 Ogos 2022 sehingga 3 September 2022.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi OKU yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. OKU yang berdaftar dengan JKM.
  2. OKU yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. OKU yang bukan kakitangan kerajaan.
  4. Pemohon adalah bukan penerima bantuan bulanan daripada JKM/PERKESO/MAIDAM.

Syarat Utama i-Bantuan

OKU yang ingin memohon bantuan ini perlu membuat permohonan melalui sistem i-Bantuan.

Untuk permohonan menerusi i-Bantuan, syarat utama yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mestilah telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
  4. Permohonan mestilah dibuat secara atas talian melalui sistem i-Bantuan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuata menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Sekiranya maklumat pemohon (KIR) tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.
  5. Untuk memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, sila muat turun Borang PRT20, lengkapkan, dan hantar terus kepada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
  6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  7. Klik butang ‘Mohon’ pada ruangan Pencen Rakyat.
  8. Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Berikutnya.’
  9. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  10. Jika berjaya, isi borang permohonan dengan lengkap.
  11. Klik butang ‘Simpan dan Cetak.’
  12. Lengkapkan lampiran yang diperlukan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Pencen Rakyat Terengganu, sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.