Advertisements

Beli Kad Touch ‘n Go NFC Melalui TNG eWallet Mulai 25 Ogos

Advertisements

Orang ramai kini boleh membeli Kad Touch ‘n Go NFC di aplikasi TNG eWallet mulai 25 Ogos 2022, jam 10 pagi.

Pihak Touch ‘n Go memaklumkan orang ramai boleh membuat tempahan untuk mendapatkan kad tersebut di aplikasi TNG eWallet masing-masing namun terhad untuk satu pembelian sahaja.

Sebelum ini, orang ramai mengadu tidak dapat membeli kad ini melalui aplikasi TNG eWallet atas alasan kekurangan stok.

Kini, pihak Touch ‘n Go telah menambah stok kad ini yang boleh ditempah melalui aplikasi tersebut.

Mengenai Kad Touch ‘n Go NFC

Kad ini telah dinaik taraf teknologinya merupakan kad pintar keluaran Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB).

Ia merupakan dompet elektronik yang boleh ditambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet dan boleh diguna sebagai pembayaran secara tanpa tunai di semua lebuhraya tol di Semenanjung Malaysia, perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang dan di luar Lembah Klang kecuali Rapid Kuantan dan kawasan parkir terpilih.

Orang ramai hanya perlu memastikan kad ini mempunyai baki yang mencukupi dan mengimbas kad tersebut di pembaca kad TNG.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Harga Kad

Harga kad ini dijual kepada umum dengan harga RM10 bagi satu kad.

Namun, orang ramai akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM5 bagi kos penghantaran.

Kelebihan Kad

Antara kelebihan kad ini berbanding kad Touch ‘n Go biasa adalah seperti berikut:

  • Bayaran tol
  • Tambang Keretapi & bas
  • Pembayaran di kedai
  • Parkir
  • Semak baki melalui eWallet
  • Tambah nilai menggunakan baki eWallet
  • Beli melalui eWallet

Cara Pembelian

Pembelian kad ini boleh dibeli menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik pada ikon ‘TNG Card’ pada halaman utama aplikasi.
  2. Klik ‘Order Touch ‘n Go Card/ Check status’ di bahagian bawah skrin. Ini akan membawa anda ke skrin pembelian kad.
  3. Klik ‘Order Now.’
  4. Pilih kuantiti pesanan dan klik ‘Buy now.’

Pembelian Secara Fizikal

Kad ini juga dijual secara fizikal di stesen minyak yang terpilih di seluruh negara.

Layari laman web https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/enhance-card-outlet/ untuk menyemak lokasi stesen minyak terpilih tersebut.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembelian Kad Touch ‘n Go NFC, sila layari laman web https://www.touchngo.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.