Advertisements

Tukar Status Tanah Kepada Kekal Taman Perumahan N. Sembilan

Advertisements

Kerajaan Negeri Sembilan telah membuat keputusan untuk membuka permohonan menukar status tanah daripada pajakan kepada hak milik kekal buat taman-taman perumahan yang layak di seluruh Negeri Sembilan.

Pelaksanaan inisiatif ini adalah sebahagian daripada manifesto Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk memperluaskan lagi inisiatif penukaran hak milik tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal ke lebih banyak kawasan di seluruh Negeri Sembilan.

Untuk makluman, Negeri Sembilan adalah negeri pertama dalam negara yang melaksanakan penukaran status tanah kediaman.

Ini adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri Sembilan dalam membantu rakyat untuk mendapat pemilikan tanah hak milik kekal.

Pilot Project

Pada tahun 2020, inisiatif ini telah dilaksanakan di 2 DUN iaitu di DUN Ampangan dan DUN Paroi sebagai ‘pilot preoject.’

Kini tiba inisiatif tersebut diperluaskan ke seluruh negeri untuk dimanfaatkan oleh rakyat Negeri Sembilan yang menduduki taman perumahan yang layak.

Kadar Premium

Kadar premium yang ditetapkan adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Bagi keluasan 1000 kaki persegi dan ke bawah, kadar premium adalah RM1.00 per kaki persegi.
  • Bagi keluasan 1001 kaki persegi dan sehingga 1300 kaki persegi, kadar premium adalah RM1.50 per kaki persegi
  • Bagi keluasan 1301 kaki persegi dan ke atas, kadar premium adalah RM2.00 per kaki persegi.
  • Kadar premium bagi rumah rakyat atau rumah kos murah skim lama yang bersaiz kecil adalah RM500 setiap lot.

Semak Kelayakan & Permohonan

Untuk menyemak kelayakan serta memohon pertukaran, pemilik perlu hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing.

Pemilik juga perlu menggunakan Borang 12A KTN 1965 bersama Borang Khas Permohonan Tanah Kerajaan (Penukaran tempoh Pegangan Hakmilik daripada Pajakan kepada Selama-lamanya) dan menyertakan Borang Akuan Bersumpah yang telah ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai penukaran status tanah daripada pajakan kepada hak milik kekal, sila layari Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di pautan https://www.facebook.com/dsaminuddinharun.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.