Advertisements

PM Umum Elaun PPMS Kemas Naik Kepada RM800

Advertisements

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kenaikan elaun Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan dinaikkan kepada RM800 sebulan.

Berita gembira tersebut diumumkan ketika Perhimpunan Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun Kemas di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Kenaikan elaun tersebut akan dinikmati kira-kira 9,439 PPMS yang sedang berkhidmat dengan Kemas ketika ini.

Sebelum ini, PPMS menerima elaun bulanan sebanyak RM500 sebulan.

Kadar Bantuan PBAKM

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan kenaikan kadar bantuan sara hidup ahli Persatuan Bekas Angggota Kemas (PBKAM).

Mereka akan menerima kenaikan elaun daripada RM300 kepada RM500 sebulan.

Kenaikan tersebut akan memberikan manfaat kepada seramai 4,423 ahli di seluruh negara.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Inisiatif Yang Lain

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa inisiatif yang lain seperti:

  • Peruntukan sebanyak RM8 juta bagi program digitalisasi di 800 buah taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Kemas di seluruh negara.
  • Memendekkan tempoh kelayakan pegawai kontrak perkhidmatan Kemas ke lantikan jawatan tetap dari 15 tahun kepada 10 tahun.
  • Memberi 2 gred kenaikan pangkat bagi skim-skim perkhidmatan iaitu Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Tabika/Taska dan Pembangunan Kemahiran dan Komuniti Gred S29 kepada gred S32 serta gred S38 serta jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 kepada dua Gred S22 dan S26. 

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kenaikan elaun PPMS Kemas, layari sumber daripada pautan berikut https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/elaun-pembantu-pendidikan-masyarakat-kemas-naik-rm300-pm/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.