TEKUN Nasional telah memperkenalkan skim pembiayaan terbaharu kepada para usahawan iaitu menerusi Skim Pembiayaan Online Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) Nasional (SPOT).
Skim pembiayaan ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dalam Sesi Dialog bersama persatuan, koperasi dan usahawan Bumiputera pada 20 Ogos 2022 yang lalu.
SPOT adalah skim pembiayaan yang diperkenalkan khusus kepada usahawan dalam talian bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Untuk pelaksanaan skim pembiayaan ini, sebanyak RM10 juta peruntukan tekah disediakan dengan sasaran 1,000 orang usahawan bakal menerima pembiayaan ini.
Usahawan yang berminat boleh membuat permohonan mulai 20 Ogos 2022.
Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM1,000 sehingga RM10,000.
Usahawan juga akab dikenakan caj pengurusan sebanyak 3% setahun dengan menggunakan konsep Tawarruq.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang dikenakan terhadap pemohon yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada usahawan informal dan mikro (Bumiputera dan India).
- Usahawan yang layak memohon adalah yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Cara Memohon
Permohonan pembiayaan ini boleh dibuat menerusi Pejabat Cawangan TEKUN (menerusi perkhidmatan di kaunter).
Senarai pejabat cawangan TEKUN boleh dirujuk melalui pautan https://www.tekun.gov.my/en/contact-us/state-offices-2/.
Pemohon boleh merujuk pejabat cawangan TEKUN Nasional untuk mendapatkan panduan permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai SPOT, sila layari laman web https://www.tekun.gov.my/.