Advertisements

SPIM TEKUN Nasional: Pembiayaan Mikro & Informal Sehingga RM10,000

Advertisements

TEKUN Nasional kini menawarkan skim pembiayaan kepada usahawan mikro dan informal di seluruh negara menerusi Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM).

Untuk makluman, SPIM adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan 0% berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Objektif pelaksanaan SPIM adalah salah satu usaha kerajaan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha mikro dan sektor informal.

Oleh itu, usahawan mikro yang berminat boleh memohon pembiayaan SPIM secara atas talian melalui laman web https://tekunfin.tekun.gov.my/ atau di pejabat Tekun Nasional yang berhampiran.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditetapkan menerusi SPIM adalah sehingga RM10,000 dengan perincian berikut:

  • RM1,000–RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen/permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).
  • RM1,000–RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah (SSM).

Jenis Perniagaan

Jenis perniagaan yang boleh dipohon menerusi pembiayaan SPIM adalah seperti berikut:

  • Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan.
  • Penjaja kecil.
  • Peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah (home-based business).
  • Peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business).
  • Peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online business).
  • Peniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran (delivery services).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Bumiputera / India dan warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) atau pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon/permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  4. Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
  5. Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.
  6. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, terdapat 2 kaedah permohonan yang boleh dipohon iaitu:

i) Atas talian

  1. Layari laman web https://tekunfin.tekun.gov.my/login.
  2. Klik butang ‘Daftar Akaun.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan permohonan tersebut sehingga akhir.

ii) Berkunjung ke pejabat TEKUN Nasional

Pemohon boleh berkunjung ke mana-mana pejabat TEKUN Nasional yang boleh dirujuk melalui pautan https://www.tekun.gov.my/ms/connections/.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan SPIM, sila layari laman web https://www.tekun.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.