Mangsa yang terlibat dalam bencana banjir bakal mendapat baucar istimewa pembelian barang elektrik menerusi baucar RM500 yang diumumkan oleh pihak kerajaan.
Pemberian baucar ini telah diumumkan sebelum ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 29 Disember 2021 yang lalu menerusi beberapa inisiatif yang diumumkan kerajaan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.
Pelaksanaan baucar pembelian barangan elektrik ini dilaksanakan di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) di premis terpilih atau secara dalam talian.
Setakat ini, data yang diperoleh pihak kerajaan menunjukkan terdapat kira-kira 80,000 isi rumah yang terjejas banjir layak untuk membuat permohonan.
Jumlah Baucar
Jumlah baucar yang ditawarkan kepada mangsa banjir yang terlibat adalah sebanyak RM500.
Sebagai contoh, jika mangsa banjir membeli peralatan elektrik bernilai RM1,000, mereka perlu bayar RM500 sahaja menggunakan baucar ini.
Tarikh Pelaksanaan
Pelaksanaan program baucar RM500 pembelian barangan elektrik ini akan bermula pada 7 Januari secara pembelian fizikal atau atas talian.
Premis Pembelian
Setakat ini, terdapat 1,400 premis yang tersenarai di bawah SAVE kendalian Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) akan terlibat dalam pelaksanaan baucar ini.
Baucar ini boleh ditebus menerusi kedai fizikal dan platform e-dagang seperti:
- Lazada
- Shopee
- PGMall
Cara Memohon
Untuk cara memohon baucar ini, perincian permohonan akan diumumkan oleh pihak SEDA Malaysia pada 7 Januari 2022.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai baucar RM500 pembelian barangan elektrik ini, sila layari laman web http://www.seda.gov.my/.