Bagi menggalakkan belia Negeri Terengganu menceburi atau mengembangkan bidang perniagaan mereka, Kerajaan Negeri Terengganu telah membuka permohonan bagi Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0).
Untuk makluman, UBES 3.0 adalah program yang membantu belia di Negeri Terengganu terutamanya lepasan SPM atau Sijil Kemahiran yang tidak dapat menyambung pengajian ke IPTA atau IPTS menceburi atau mengembangkan bidang perniagaan mereka.
Ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai belia di Negeri Terengganu menceburi bidang perniagaan dan seterusnya meningkatkan sosioekonomi penduduk di negeri tersebut.
Untuk belia yang berminat, mereka boleh membuat permohonan UBES 3.0 secara atas talian sebelum 9 Januari 2022.
Perincian Pembiayaan
Pembiayaan menerusi UBES 3.0 terbahagi kepada beberapa perincian berikut:
- Pengembagan perniagaan: RM5,000 hingga RM30,000
- Dana peralatan: RM5,000
- Dana branding: RM2,000
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan UBES 3.0 adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 – 35 tahun.
- Pemohon hendaklah Bumiputera dan beragama ISLAM.
- Pemohon ialah rakyat Terengganu dan permohonan turut terbuka kepada semua termasuk yang menjalankan perniagaan di luar Terengganu (perantau).
- Tahap pendidikan minima pemohon adalah SPM.
- Pemohon lengkap 2 dos vaksin.
- Pemohon berminat menjadi usahawan sepenuh masa.
- Sekiranya pemohon telah berniaga, perniagaan pemohon mestilah tidak melebihi 3 tahun beroperasi.
Cara Membuat Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan permohonan berikut iaitu https://bit.ly/permohonan-UBES.
- Baca dan fahami syarat-syarat permohonan.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next.’
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk membuat penghantaran permohonan setelah semua maklumat dan dokumen di muat naik.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan ibu/bapa (Jika Berkaitan)
- Sijil lengkap vaksin (2 Dos).
- Gambar profil.
- Salinan kad pengenalan.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf (jika berkaitan).
- Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) (jika berkaitan).
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di talian 09-6242424.