Advertisements

Permohonan APZ: Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021

Advertisements

Mangsa banjir di Negeri Pahang pada tahun 2021 kini boleh mendapatkan bantuan menerusi Agihan Prihatin Zakat (APZ) menerusi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Untuk makluman, Negeri Pahang merupakan antara negeri yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir yang berlaku pada akhir tahun 2021.

Program agihan bantuan ini adalah sebahagian daripada inisiatif MUIP melalui sumber zakat dibawah asnaf Gharimin bagi meringankan keperitan umat Islam yang terlibat dalam bencana Banjir di dalam Negeri Pahang tahun 2021/2022.

Mangsa banjir yang terlibat boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan iaitu 15 Februari 2022 secara atas talian.

Penyaluran APZ

Pengagihan APZ ini akan disalurkan kepada seorang sahaja iaitu Ketua Isi Rumah (KIR) bagi setiap rumah yang terlibat dengan banjir di negeri tersebut.

Oleh itu, KIR perlu membuat permohonan seperti yang ditetapkan bagi memastikan permohonan tersebut dapat diterima oleh pihak MUIP.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Permohonan ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon ialah mereka yang beragama Islam.
  3. Pemohon merupakan pemastautin/menetap di dalam negeri Pahang.
  4. Pemohon ialah mangsa Banjir di dalam Negeri Pahang yang disahkan.
  5. Pemohon mestilah telah berkahwin/duda atau ibu tunggal.

Cara Memohon

KIR mangsa banjir di Negeri Pahang yang ingin membuat permohonan boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://easnaf.muip.gov.my.
  2. Klik butang ‘Tidak, Daftar Pengguna’ bagi mereka yang tidak pernah menggunakan sistem ini.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Baharu.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai APZ, sila hantar whatsapp ke pihak MUIP ditalian 011-30163882.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.