Advertisements

Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA Tahun 2022

Yayasan RISDA telah membuka permohonan bagi Skim Bantuan Yayasan RISDA Tahun 2022 yang merangkumi manfaat pendidikan dan kesihatan kepada semua ahli komuniti RISDA.

Yayasan RISDA merupakan Syarikat Milikan RISDA sepenuhnya dan telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Ke-224 pada 21 Februari 2013 dan mula beroperasi secara rasmi pada 4 Januari 2016.

Tujuan utama yayasan ini ditubuhkan adalah untuk menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan aspek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selain mengurus dan mentadbir dana untuk faedah dan kebajikan Pekebun Kecil, warga RISDA, warga Syarikat Milikan RISDA (SMR) dan pesara-pesara RISDA.

Oleh itu, ahli komuniti RISDA yang berminat untuk memohon skim bantuan ini boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.

Perincian Skim Bantuan

Skim Bantuan Yayasan RISDA Tahun 2022 ini terbahagi kepada dua bantuan iaitu pendidikan dan kesihatan:

i) Pendidikan

  • Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU): RM500 one-off.
  • Biasiswa Pelajar UCAM (BPU): RM6,800 sehingga RM13,800/pelajar/tahun mengikut jenis kursus.
  • Bantuan Laptop Pelajar UCAM: 1 laptop/1 pelajar.
  • Bantuan Sara Hidup Pelajar UCAM (BSHPU): RM15 Sehari/RM450 sebulan/pelajar.
  • Anugerah Yayasan RISDA: RM2,000 one-off.
  • Insentif Pendidikan Staf: RM500 Diploma, Ijazah Sarjana Pertama dan Sijil Profesional (one-off) dan RM750 Peringkat Sarjana dan Kedoktoran (one-off).

ii) Kesihatan

  • Skim Bantuan Pesakit Kronik (SBPK): RM1,000 one-off.

Syarat Kelayakan Utama

Syarat kelayakan utama yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Anak-anak komuniti RISDA.
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,849.
  3. Pemohon melanjutkan pelajaran di University College Agroscience Malaysia (UCAM).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah untuk membuat permohonan seperti berikut:

  1. Layari pautan https://www.risda.gov.my/my/sumber/muat-turun/borang-borang?fbclid=IwAR1swDkJQrzNCkMOt6XrMt_YhA8U_ub_ChvINCxhlEtddO8BtdNwO2IB35c.
  2. Klik butang ‘Muat Turun’ di bahagian Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (Pindaan 2022).
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen sokongan dengan lengkap.
  5. Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan yang lengkap ke pejabat RISDA yang berhampiran.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil/Warga RISDA/SMR/Pesara RISDA.
  2. Salinan kad pengenalan/sijil lahir pasangan/ibu bapa/penjaga dan anak.
  3. Salinan kad pekerja/kad pesara/rekod kelulusan tanam semula.
  4. Salinan penyata gaji/pengesahan pendapatan pemohon terkini
  5. Salinan penyata gaji/pengesahan pendapatan pasangan
  6. Penyata bank pemohon (bagi permohonan SIPU, BPU, BLPU & BSHPU, Penyata Bank Anak)
  7. Salinan Surat Tawaran Pengajian UCAM (bagi permohonan SIPU, BPU, BLPU & BSHPU).
  8. Salinan resit pembayaran kemasukan UCAM (bagi permohonan SIPU, BPU, BLPU & BSHPU).
  9. Salinan surat pengesahan pegawai perubatan terkini (bagi permohonan SBPK.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 010-659 0062 atau menerusi email ke [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.