Advertisements

Tebus Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia Sehingga RM1,000

Bagi pemilik kenderaan yang mengalami bencana banjir baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan inisiatif bagi meringankan beban untuk membaik pulih kenderaan menerusi Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.

Inisiatif ini adalah selaras dengan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang komprehensif dan dan meringankan golongan yang terjejas.

Pelaksanaan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia ini adalah untuk pembaikan dan penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap, dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

Oleh itu, orang ramai yang terjejas akibat bencana banjir ini boleh membuat penebusan di syarikat automotif yang terlibat.

Tarikh Tuntutan Penebusan

Pemilik kenderaan yang terjejas boleh membuat tuntutan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia daripada 18 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022.

Di samping itu, mereka juga dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis atau pengedar sah yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Pelaksanaan Diskaun

Baucar diskaun ini merupakan inisiatif dan usahasama antara Kerajaan dan syarikat automotif yang terpilih.

Syarikat automotif akan menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan serta kos tunda kenderaan secara percuma dan pihak kerajaan pula akan menyediakan baucar diskaun sehingga RM1,000.

Bagi pemilik kereta PROTON dan PRODUA, kedua-dua syarikat tersebut menawarkan diskaun bagi alat ganti.

Selain itu juga, pihak PRODUA juga menawarkan upah kerja pembaikan secara percuma.

Syraikat Automotif Terlibat

Syarikat automotif yang terlibat dalam pelaksanaan baucar diskaun ini adalah seperti berikut:

  • Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) 
  • Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON) 
  • Tan Chong & Sons Motor (Nissan) 
  • UMW Toyota Motor 
  • Honda Malaysia 
  • Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) 
  • Volvo car Malaysia 
  • TC Euro Cars (Renault) 
  • Mercedes-Benz Malaysia 
  • BMW Malaysia 
  • Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain) 
  • Mazda, Peugeot dan KIA 
  • TC Subaru 
  • Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) 
  • Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. 
  • Boon Siew Honda Sdn.Bhd. 
  • Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) 
  • Mofaz Motorsikal Sdn. Bhd. 
  • KMSB Motors Sdn.Bhd. (Suzuki)

Cara Memohon

Pemilik kenderaan yang ingin menebus baucar diskaun ini tidak perlu membuat sebarang permohonan.

Mereka boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif yang terlibat.

Pengurangan kos pembaikan akan diberikan secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari laman web https://www.mof.gov.my/portal/ms/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.