Advertisements

6 Berita Gembira Diumum PM Untuk Penjawat Awam

Advertisements

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan 6 berita gembira kepada penjawat awam di seluruh negara hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) yang berlangsung pada hari ini.

Untuk makluman, MAPPA adalah acara tahunan bagi mendengar amanat daripada perdana menteri kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan.

1. Kenaikan Jumlah Cuti Rehat

Kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) dinaikkan daripada 160 hari ke 180 hari.

Dengan kenaikan kadar maksimum GCR, ini membolehkan cuti yang dinikmati penjawat awam disimpan bagi tujuan award untuk wang tunai di masa persaraan sekaligus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan.

2. Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas

Kadar Cuti Rehat Khas ditambah sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

3. Perluasan Tafsiran Ahli Keluarga Cuti Tanpa Rekod

Tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod diperluaskan kepada urusan kematian ahli keluarga terdekat.

Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak sahaja, penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian yang melibatkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam.

4. Penambahan Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan

Pemberian pergerakan gaji tahunan ditambah baik kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

Penambahbaikan ini melibatkan Kadar Tetap 3 peratus semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2022.

5. KGT Tambahan Khas

Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awamGred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.

Seramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

Contohnya, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada tahun 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada tahun 2023 adalah sebanyak RM180.

6. BKK Tahun 2023

Kerajaan juga mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 yang dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai bertia baik yang diumumkan oleh Perdana Menteri kepada penjawat awam hari ini, layari laman web https://www.pmo.gov.my/2022/08/majlis-amanat-perdana-perkhidmatan-awam-ke-18xviii/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.