Bank Islam Malaysia Berhad mengalu-alukan sektor pelancongan yang ingin memohon pembiayaan menerusi SME – PENJANA Tourism Financing (SME-PTF).
SME-PTF adalah pembiayaan untuk menyokong PKS dan mikro dalam sektor pelancongan bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka dan membantu mereka melakukan pelaburan yang diperlukan bagi kekal berdaya maju selepas COVID-19.
Oleh itu, PKS dan mikro sektor pelancongan yang berminat boleh membuat permohonan untuk mendapatkan pembiayaan ini.
Sektor Pelancongan
Sektor pelancongan yang layak memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:
i) Pelancongan teras:
- Premis penginapan pelancongan (cth: hotel bajet, homestay berdaftar, chalet dan resort)
- Agensi pelancongan & pengendali pelancongan
- Pengangkutan untuk pelancong (cth: bas, bot dan operator sewa kereta)
ii) Sektor berkaitan pelancongan
- Pelancongan perubatan;
- Ekosistem MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran)
- Pelancongan berkaitan peruncitan, rekreasi dan kesihatan berkaitan perkhidmatan pelancongan kepada pelancong.
iii) Perniagaan perkhidmatan wang
- Institusi pyang ditubuhkan terutamanya untuk menyediakan kursus/latihan berkaitan pelancongan dan dilesenkan oleh atau berdaftar dengan MOTAC (cth: Institut Latihan Pelancongan).
Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- PKS: Pembiayaan sehingga RM500,000 bagi setiap PKS
- Perusahaan mikro: Pembiayaan ehingga RM75,000 setiap perusahaan mikro
Tujuan Pembiayaan
Tujuan pembiayaan ini adalah untuk membiayai perkara-perkara berikut:
- Keperluan Modal Kerja
- Perbelanjaan Modal (CAPEX)
Tempoh Pembiayaan
Tempoh pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga 7 tahun, dengan sekurang-kurangnya 6 bulan moratorium ansuran bulanan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web berikut https://www.bankislam.com/business-banking/sme-banking/sme-ptf/?fbclid=IwAR28AXVfIpQCXRJVz2OP9aiCskY8PrIJZ1i6M0t5S9GsLRbHCghjaGhqkI8.
- Klik butang ‘Apply Now.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai SME-PTF, sila layari laman web https://www.bankislam.com/.