Advertisements

Ketahui 3 Inisiatif Terbaharu Daripada Kerajaan Negeri Selangor

Advertisements

Kerajaan Negeri Selagor mengumumkan 3 inisiatif terbaharu bagi membantu dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Inisiatif ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sempena Hari Kebangsaan yang disambut di seluruh negara pada 31 Ogos 2022 semalam.

3 inisiatif yang diumumkan merangkumi:

  • Skim Insurans Hayat (INSAN)
  • Jelajah Jualan Ehsan
  • Tambahan jumlah penerima air percuma Skim Air Darul Ehsan (SADE).

1. Skim Insurans Hayat (INSAN)

INSAN ialah pelindungan insurans am berkumpulan kepada 6 juta rakyat Selangor berumur bermula dari 30 hari ke 80 tahun dengan premium insurans ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Skim insurans ini adalah inisiatif kerajaan negeri untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah, melindungi rakyat dengan semangat negeri penyayang.

Setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

Nilai perlindungan skim insurans ini adalah berjumlah RM60 bilion yang boleh didaftar mulai 1 Oktober 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2. Jelajah Jualan Ehsan Rakyat

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk meneruskan program Jelajah Jualan Ehsan Rakyat Selangor mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2022.

Jelajah jualan ini di seluruh 9 daerah dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Negeri Selangor.

Sebanyak 6 jenis barangan asas yang menjadi tumpuan dengan harga 30% lebih murah daripada harga pasaran iaitu:

  • Ayam
  • Daging
  • Ikan
  • Telur
  • Beras
  • Minyak masak

3. Tambahan Jumlah Penerima SADE

Sebanyak 100,000 lagi akaun pengguna bakal menikmati Skim Air Darul Ehsan (SADE) iaitu skim air percuma 20 meter padu dengan kos lebih RM30 juta dibayar sepenuhnya Kerajaan Selangor.

Tambahan jumlah penerima itu berikutan had minimum pendapatan yang layak menerima manfaat tersebut dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM5,000.

Pada ketika ini, sebanyak 237,000 akaun pengguna menikmati Skim Air Darul Ehsan dengan pendaftaran masih terbuka kepada penduduk Selangor sehingga 31 Disember 2024.

Info lanjut, lahari Facebook Amirudin Shari di pautan https://www.facebook.com/amirudinbinshari/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.