Advertisements

TUBF: Cara Mohon Pinjaman Usahawan Belia FELDA

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan untuk mewujudkan satu tabung usahawan kepada belia di FELDA iaitu Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF).

TUBF merupakan inisiatif antara Kerajaan dan FELDA dalam membantu usahawan muda FELDA memula dan mengukuhkan perniagaan. 

Dengan dana ini juga, ia akan menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi usahawan FELDA di kawasan rancangan FELDA.

Mengenai TUBF

TUBF adalah pinjaman mudah kepada usahawan golongan belia (anak, cucu, dan cicit peneroka/pentadbir) dalam lingkungan umur 18 hingga 40 tahun.

Keutamaan diberikan kepada usahawan belia dalam rancangan FELDA dan dana pusingan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM10 juta oleh FELDA dengan kerjasama pihak perbankan.

Pinjaman ini diberikan selama 3 tahun tempoh bayaran menerusi pinjaman tanpa faedah.

Usahawan belia FELDA yang berminat perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Manfaat Tambahan

Manfaat tambahan yang bakal diperoleh penerima tabung ini adalah:

  • Kursus induksi secara percuma.
  • Bimbingan insentif bersama rakan pelaksana selama 3 bulan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan tabung usahawan ini adalah seperti berikut:

i) Usahawan sedia ada

  1. Golongan belia (18 hingga 40 tahun).
  2. Urusniaga perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. 4 pakej perniagaan ditawarkan iaitu perkhidmatan, kraf, perniagaan, dan perusahaan.
  4. Kouta kelayakan adalah 70% atau 280 orang.
  5. Had pinjaman adalah RM10,000 sehingga RM20,000.

ii) Usahawan Baharu

  1. Golongan belia (18 hingga 40 tahun).
  2. Urusniaga perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan.
  3. 6 pakej perniagaan ditawarkan iaitu kiosk makanan, bakeri, andaman, jahitan, IT, dan car wash.
  4. Kouta kelayakan adalah 30% atau 160 orang.
  5. Had pinjaman adalah RM5,000 sehingga RM15,000.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://felda.gov.my/media-home/pengumuman-program/pengumuman/tabung-usahawan-belia-felda-tubf.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Lengkapkan borang permohonan dan dapatkan pengesahan daripada Pengurus Rancangan FELDA.
  4. Pengurus Rancangan perlu menghantar borang ke Pejabat Wilayah.
  5. Semakan dan pengesahan pengurusan wilayah.
  6. Semakan dan sokongan daripada Ibu Pejabat FELDA.
  7. Proses di BIMB.
  8. Status lulus atau gagal diketahui.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai tabung usahawan ini, sila hubungi Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA di talian 03-2191 2152/2029/2052/2012/2051/2180 atau melayari laman web https://felda.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.