Advertisements

FELDA- Tawaran Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) 2022

Advertisements

Sukacita dimaklumkan, anak peneroka FELDA telah berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam atau Universiti Swasta yang bekerjasama dengan FELDA kini anda boleh memohon Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP).

Skim Insentif Anak Peneroka ini dilaksanakan adalah untuk membantu meringankan kewangan keluarga peneroka.

Oleh itu, anak peneroka yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan di pejabat FELDA yang berhampiran kawasan anda.

Baca juga : Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor

Jumlah Bantuan

Berikut merupakan jumlah bantuan yang ditawarkan menerusi skim insentif ini adalah seperti berikut:

  • Diploma: RM500.00
  • Ijazah Dalam Negara: RM1,000.00
  • Ijazah Luar Negara: RM1,500.00

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi:

  • Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
  • Had umur permohonan:
    • Peringkat Diploma: 18 tahun hingga 23 tahun.
    • Peringkat Ijazah: 18 tahun hingga 25 tahun.

Permohonan Tidak Layak

Berikut merupakan permohonan yang tidak layak untuk membuat permohonan skim insentif ini:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Peneroka/anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran.
  • Pelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.

Cara Permohonan

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan:

  1. Sila dapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA yang berhampiran.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan tepat.
  3. Sila sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar semula borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat FELDA yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen0dokumen yang perlu disediakan semasa membuat permohonan:

  1. Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  3. Salinan Kad Pengenalan peneroka
  4. Salinan penyata pendapatan peneroka terkini

Maklumat Lanjut

Untuk menegtahui dengan lebih lanjut mengenai Skim Insentif Anak Peneroka, sila layari laman web di pautan berikut: https://www.felda.gov.my/peneroka/perkhidmatan/bantuan-pinjaman-pendidikan.

Baca juga : Tawaran Penajaan Program Khas Ijazah Luar Negara JPA 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements