Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenalkan pelan khusus bagi membenarkan pelanggan yang meninggalkan perkhidmatan/bersara tidak berpencen meneruskan bayaran ansuran bulanan pembiayaan LPPSA melalui penjadualan semula bayaran balik pembiayaan di bawah Pelan Penyelesaian Hutang (Debt Settlement Plan-DSP).
DSP adalah pelan yang diperkenalkan oleh LPPSA bagi memulihkan dan menyelesaikan hutang sivil pelanggan yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen melalui penjadualan semula bayaran balik pembiayaan.
Bagi mereka yang ingin menyelesaikan hutang sivil menerusi pelan ini, permohonan boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022.
Pemohon Layak Memohon
Pelan ini ini layak dimohon oleh anggota tentera yang bersara tidak berpencen (menamatkan perkhidmatan mengikut tempoh jangka pendek) atau penjawat awam yang meninggalkan perkhidmatan.
Mereka yang tidak layak memohon pelan ini adalah seperti berikut:
- Berstatus muflis/bankrap
- Hartanah telah dilelong
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak LPPSA adalah seperti berikut:
i) DSP 1
- Meninggalkan Perkhidmatan/Bersara Tidak Berpencen tidak termasuk diberhentikan kerja (masalah tatatertib).
- Bukan seorang penghutang penghakiman atau bankrap.
ii) DSP 2
- Tidak layak DSP 1.
- Bukan seorang Bankrap.
- Mempunyai kemampuan bayaran balik.
Syarat Kelulusan
Untuk memastikan permohonan tersebut diluluskan, pemohon perlu memenuhi syarat kelulusan iaitu:
DSP 1 | DSP 2 | |
Status Akaun | -Tunggakan tidak melebihi 12 ansuran bulanan semasa kelulusan – Hartanah belum dilelong | Hartanah belum dilelong |
Tempoh Permohonan | Tidak melebihi 12 bulan dari tarikh tamat/meninggalkan perkhidmatan | Tiada had |
Dokumen Wajib | Surat pengesahan dan sokongan majikan | -Surat Permohonan -Borang Rayuan Bayaran Balik -3 bulan Slip Gaji/Pengesahan majikan/Penyata KWSP yang terkini -3 bulan Penyata Akaun Bank (bagi yang berniaga)/bukti pendapatan lain -Surat akuan bersumpah (sekiranya perlu) -Dokumen sokongan lain (sekiranya perlu) |
Bayaran Balik
Bayaran balik perlu dilakukan secara ansuran bulanan bermula sebulan selepas kelulusan.
Kadar Faedah
Kadar faedah pembayaran pelan ini adalah seperti berikut:
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan melalui Portal Online LPPSA seperti dipautan https://services.lppsa.gov.my/dsp mulai 1 Oktober 2022.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pelan ini, sila layari laman web https://www.lppsa.gov.my/v3/my/.