Advertisements

Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE Dagang Secara Online

Advertisements

Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE Dagang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membolehkan rakyat membeli barangan pada harga lebih murah secara dalam talian.

Inisiatif dalam talian ini dikendalikan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama 17 platform e-dagang terpilih dari luar negara dan tempatan ini menawarkan pelbagai diskaun pembelian secara dalam talian.

Antara platform e-dagang yang terlibat adalah Fave, Food Panda, Grab, Lazada, OYO Hospitality, Shopee, TikTok, Bizapp, Jocom, Kumoten, Maybank, InstantStore dan Wonderfly.

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 100,000 peniaga tempatan dengan peruntukkan sebanyak RM300 juta.

Pelaksanaan inisiatif ini adalah kesinambungan daripada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM), Jualan Murah Rangkaian Koperasi dan Jualan Murah @ Kampus.

Diskaun Ditawarkan

Orang ramai akan mendapat baucar 20 peratus diskaun bagi barangan dibeli yang dihadkan kepada satu transaksi berjumlah RM500.

Ia dijangka akan memberi manfaat lebih kurang 120 juta transaksi dalam tempoh sebulan membabitkan keluarga, pembeli dan pengguna,

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tempoh Pelaksanaan

Program ini berlangsung selama empat bulan, bermula akan bermula 3 September 2022 hingga Disember 2022.

Barangan Yang Ditawarkan

Orang ramai bukan hanya boleh membeli barang basah secara online tetapi juga perkhidmatan lain yang membabitkan perbelanjaan rakyat, termasuk pelancongan, produk kraf, halal, pertanian dan barangan Malaysia yang ingin dijual ke luar negara.

Kaedah Pembelian

Untuk kaedah pembelian, orang ramai perlu memasukkan maklumat kad pengenalan untuk setiap transaksi bagi mengelakkan ia disalah guna.

Sumber: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2116536

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.