Advertisements

Cara Tebus Batik Percuma Khas Untuk Penjawat Awam

Advertisements

Berita baik untuk penjawat awam apabila mereka boleh mendapatkan batik percuma daripada syarikat pengeluar batik moden tempatan iaitu Raifili.

Pemberian batik percuma ini merupakan kempen ‘1 Juta Batik Percuma buat Penjawat Awam’ yang dilancarkan secara rasmi pada 2 September 2022 oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali ketika Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah

Menurut Tan Sri Mohd Zuki, kempen ini dapat menggalakkan pemakaian Batik Malaysia dalam kalangan penjawat awam menggayakan keunikan dan keindahan batik dalam kehidupan harian, yang tidak terhad kepada pakaian rasmi majlis dan kerja sahaja.

Ini dapat dilihat apabila permintaan batik adalah begitu tinggi dalam kalangan penjawat awam, penjawat awam diwajibkan memakai batik pada setiap Khamis bagi tujuan memartabatkan pemakaian batik Malaysia.

Hari Batik Malaysia

Kempen ini dilaksanakan bagi menyokong hasrat dan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mengisytiharkan 3 Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia.

Ini dapat menggalakkan penjawat awam di Malaysia memakai pakaian Batik Malaysia bukan hanya ketika bertugas tetapi menghadiri majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi.

Keistimewaan Material Batik Raifili

Antara keistimewaan material batik Raifili ini adalah seperti:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Lembut
  • Cantik
  • Selesa dipakai
  • Warna tidak luntur
  • Tidak mudah kedut
  • Mudah digosok

Cara Membuat Penebusan

Untuk membuat penebusan batik percuma ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://1jutabatikpercuma.raifili.com/.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Pilih batik yang diingini.
  4. Klik butang ‘Tuntut Batik Percuma.’
  5. Buat pembayaran (kos penghantaran sahaja).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kempen 1 Juta Batik Percuma buat Penjawat Awam ini, sila layari https://1jutabatikpercuma.raifili.com/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.