Advertisements

Permohonan Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan 2022

Advertisements

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan dana bagi membantu pelajar IPT mendaftar ke tahun pertama di peringkat Pengajian Tinggi iaitu Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan.

Bantuan kewangan yang diberikan adalah merupakan sumbangan On-Off kepada pelajar atau keluarga pelajar yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000.00

Bagi pelajar yang memenuhi syarat permohonan serta berminat untuk memohon, ikuti perkongsian maklumat lanjut di artikel ini.

Baca juga : Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP Untuk Anak Jati Pahang

Kadar Bantuan

Permohonan yang lulus akan mendapat bantuan kewangan mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  1. Peringkat Sijil / Maktrikulasi : RM500.00
  2. Peringkat Diploma : RM750.00
  3. Peringkat Sarjana / Ijazah / PHD : RM1000.00

Syarat Permohonan

Pemohon haruslah memenuhi syarat permohonan seperti dibawah:

  1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
  2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
  4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.
  6. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:
    • YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN;atau
    • Penghulu;atau
    • Pengerusi MPKK / KRT / Taman

Dokumen yang diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa atau penjaga;
  • Salinan sijil kematian atau perceraian jika berkenaan;
  • Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa / penjaga;
  • Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan dan pengesahan pendaftaran / bayaran yuran pendaftaran / surat pengesahan pengajian;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah / Menengah; Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA dan hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.

NOTA : Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan telah mendapat pengesahan oleh pihak yang berkenaan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pos ke:

  • Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
    Tingkat 5B, Wisma Negeri
    70503 Seremban

Kaedah Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan melalui:

  1. Melalui aplikasi telefon pintar N9.DIGITAL; atau
  2. Layari laman web di pautan https://www.n9.digital
  3. Permohonan hendaklah diisi oleh pelajar sendiri

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan boleh diajukan di talian 06-7659936 /31 @ 06-7659784 /85

Borang Permohoanan Yang Berkaitan

Berikut adalah capaian terus kepada borang-borang berkaitan:

Baca juga : Permohonan Bantuan Projek Pertanian 2023 Negeri Pahang

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.