Advertisements

Permohonan Go Digital Sarawak: Geran Pendigitalan Perniagaan PKS

Advertisements

Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Sarawak yang masih belum beralih kepada pendigitalan dialu-alukan memohon Go Digital Sarawak iaitu geran khas pendigitalan khusus kepada perniagaan PKS.

Go Digital Sarawak merupakan inisiatif yang telah diumumkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan melalui Bantuan Khas Sarawakku Sarawak (BKSS) 5.0.

Menerusi geran ini, usahawan PKS Sarawak boleh memohon perkakasan bagi pendigitalan seperti komputer riba, kamera, tablet, dron dan lain-lain untuk perniagaan mereka.

Tujuan geran ini diwujudkan adalah untuk memperkasakan PKS dalam mendigitalkan perniagaan mereka selain membantu memulihkan perniagaan mereka daripada pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan perniagaan mereka.

Permohon yang berminat boleh membuat permohonan bermula 4 April sehingga 4 Mei 2022 secara atas talian.

Peralatan Boleh Dipohon

Peralatan yang boleh dipohon menerusi geran ini adalah seperti berikut:

i) Kedai runcit/perkakasan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Komputer
  • Tablet
  • Sistem ePOS
  • Simpanan Data

ii) Fotografi/videografi

  • Komputer
  • Kamera
  • Dron
  • Tablet
  • Simpanan Data

iii) F&B/Café/Restoran

  • Komputer
  • Sistem ePOS
  • Kamera
  • Tablet 

iv) Kandungan kreatif

  • Komputer
  • Kamera
  • Tablet
  • Tablet Melukis
  • Simpanan Data

v) Inovasi/pendidikan STEM

  • Komputer
  • Kamera
  • Dron
  • Tablet
  • Simpanan Data

vi) Reka bentuk grafik

  • Komputer
  • Kamera
  • Monitor
  • Tablet
  • Tablet Melukis
  • Simpanan Data

vii) Kedai roti

  • Komputer
  • Kamera
  • Tablet
  • Sistem ePOS
  • Simpanan Data

viii) Perniagaan dalam talian/e-dagang

  • Komputer
  • Kamera
  • Tablet
  • Simpanan Data

ix) Sektor pertanian 

  • Komputer
  • Kamera
  • Dron

x) Pengurusan acara/perancang perkahwinan

  • Komputer
  • Kamera
  • Dron
  • Tablet
  • Simpanan Data

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan utama pemohon yang ingin memohon geran ini adalah mereka mestilah pemilik PKS yang berdaftar melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Ordinan Lesen Perniagaan 1948/Akta Koperasi 1993/Permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web rasmi Go Digital iaitu https://go.sarawak.digital/.
  2. Di bahagian ‘Register Here,’ masukkan maklumat pemohon dan klik butang ‘Register.’
  3. Semak email dan klik link yang diberikan untuk mengesahkan pendaftaran.
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Pergi ke bahagian katalog dan klik butang ‘Apply/Mohon’ bagi peralatan yang ingin dipohon.
  6. Semak ‘My Basket’ dan klik butang ‘Proceed to Application’
  7. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  8. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  9. Hantar permohonan

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Sijil Pendaftaran Perniagaan
  2. Ekstrak Nama Perniagaan
  3. Lesen Perniagaan
  4. Borang 9 (jika ada)

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai geran ini, sila email ke alamat [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.