Belia yang layak boleh membuat permohonan kredit e-wallet berjumlah RM150 menerusi ePemula seperti yang diumumkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2022 mulai 11 April 2022.
Untuk makluman, kerajaan pada 29 Oktober 2021 yang lalu menerusi Belanjawan 2022 telah mengumumkan pelaksanaan ePemula yang merupakan insentif e-tunai yang diberikan kepada para belia.
Menerusi inisiatif ini, sebanyak RM300 juta diperuntukkan oleh kerajaan yang bakal memberikan manfaat sekitar 2 juta belia di seluruh negara.
Tempoh pendaftaran dan penebusan boleh dibuat mulai 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit e-Wallet tersebut boleh digunakan sehingga 10 Jun 2022.
Belia Yang Layak
Belia yang layak untuk menerima inisiatif ini adalah seperti berikut:
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun (lahir pada tahun 2002 hingga 2004); atau
- Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdaftar di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas. Data belia akan disemak silang di IPT tempatan.
Syarikat Penyedia e-Wallet
Terdapat 4 penyedia perkhidmatan e-Wallet yang akan terlibat dalam inisiatif ini iaitu:
- Touch n Go eWallet
- GrabPay
- Shopee Pay
- BigPay
Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan Malaysia mengalu-alukan PKS yang masih belum mendaftar untuk menerima bayaran secara elektronik atau tanpa tunai untuk mendaftar dengan penyedia perkhidmatan e-Wallet yang terlibat.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan ePemula ini,permohonan perlu dibuat menerusi syarikat penyedia perkhidmatan e-Wallet:
i) Touch n Go eWallet
- Buka aplikasi Touch n Go eWallet.
- Klik banner RM150 ePemula.
- Klik kotak bersetuju terma dan syarat serta klik butang ‘Tuntut Sekarang.’
- Sahkan butiran maklumat dan klik butang bersetuju serta klik butang ‘Teruskan.’
- Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
ii) GrabPay
- Buka aplikasi GrabPay.
- Klik bahagian ‘Claim RM360 worth of vouchers with ePemula.’
- Buat butang ‘Apply.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
iii) Shopee Pay
- Buka aplikasi Shopee.
- Klik bahagian ‘Claim ePemula RM150.’
- Klik butang ‘Clain Now’ dan klik butang ‘Claim Now’ sekali lagi.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
iv) Big Pay
- Buka aplikasi Big Pay.
- Klik bahagian ‘Claim ePemula RM150.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai ePemula, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/ms/.