Advertisements

Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP: Bantuan Barang Asasi RM150 Sebulan

Advertisements

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP bakal menerima bantuan untuk membeli barangan asasi berjumlah RM150 menerusi Kasih Asnaf Zero Hunger.

Bantuan Kasih Asnaf Zero Hunger ini adalah bantuan yang diwujudkan untuk membolehkan penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP membeli barangan asasi mereka menersui aplikasi Boost.

Menerusi bantuan ini, dijangkakan sekitar 30,000 penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima bantuan ini menerusi penyaluran e-wallet menerusi aplikasi Boost.

Semakan dan kemaskini penerima boleh dibuat mulai 11 April 2022 dan penerima dijangka menerima bantuan ini pada 1 Jun 2022.

Cara Membuat Semakan & Kemaskini

Penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP yang ingin membuat semakan dan kemasikini boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Penerima bantuan perlu hadir di manap-mana pejabat berikut:
    – PAZA Wilayah Persekutuan Putrajaya
    – PAZA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    – Kaunter MAIWP Labuan Ujana Kewangan
  2. Buat semakan dan kemaskini di pejabat tersebut.
  3. Kemaskini no telefon pemilik akaun Boost.
  4. Muat turun aplikasi Boost dan daftar akaun Boost.
  5. Buat pengesahan identiti.
  6. Selesai

Senarai PAZA & Kaunter Zakat

Senarai Pusat Agihan Zakat (PAZA) dan kaunter zakat yang boleh dikunjungi adalah seperti berikut:

i) PAZA Wilayah Persekutuan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

1. PAZA Cawangan Parlimen Batu
No. 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 ½, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur

2. PAZA Cawangan Bukit Bintang
Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur

3. PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
No 26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan 1,
Jalan Danau Lumayan, 56000 KUALA LUMPUR

4. PAZA Cawangan Lembah Pantai
No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur

5. PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju
No 19, Jalan 9/23e , Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur

6. PAZA Cawangan Parlimen Setiawangsa
No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 Kuala Lumpur

7. PAZA Cawangan Titiwangsa
Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur

8. PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 Kuala Lumpur

9. PAZA Cawangan Parlimen Segambut
C-0-3A, M Avanue, Jalan Segambut, 1-38A, Segambut Bahagia, 51200 Kuala Lumpur

ii) PAZA Wilayah Persekutuan Putrajaya

  1. PAZA Wilayah Persekutuan Putrajaya
    Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 Putrajaya.

iii) Kaunter MAIWP Labuan Ujana Kewangan

  1. Kaunter MAIWP Labuan Ujana Kewangan
    Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 Labuan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Kasih Asnaf Zero Hunger, sila layari laman web MAIWP di pautan https://www.maiwp.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.