Advertisements

Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM RM5,000

Advertisements

Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) mengalu-alukan veteran ATM, isteri, dan tanggungannya yang mempunyai masalah kesihatan untuk memohon Bantuan Peralatan Pesakit.

Bantuan Peralatan Pesakit ini adalah bantuan kewangan kepada veteran ATM, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.

Dengan adanya bantuan peralatan ini, ini akan membantu meringankan beban mereka membeli untuk peralatan yang diperlukan ketika sakit.

Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan yang disediakan dan dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri yang berhampiran.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang diberikan menerusi bantuan peralatan ini adalah maksimum adalah RM5,000 sekaligus.

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat kelayakan terlebih dahulu:

  1. Veteran ATM- Pemilik kad veteran ATM.
  2. Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib.
  3. Balu veteran- dikahwini semasa berkhidmat.
  4. Anak yatim veteran- Berumur di bawah 18 tahun. Tiada had umur bagi anak tanggungan yang cacat kekal.
  5. Permohonan dikemukakan dalam tempoh setahun daripada tarikh pembelian/syor pegawai perubatan. Permohonan bagi peralatan yang sama layak dipertimbangkan selepas tempoh 5 tahun.
  6. Permohonan hendaklah disertakan laporan/memo daripada pegawai perubatan kerajaan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk permohonan bantuan peralatan ini adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian.
  2. Bantuan bagi peralatan yang sama hanya layak dipertimbangkan semula dalam tempoh 5 tahun.
  3. Tuntutan pembayaran balik hendaklah dibuat tidak melebihi tempoh 1 tahun daripada tarikh pembelian alat berkenaan.
  4. Kadar bayaran balik adalah seperti berikut:Tuntutan pembayaran bagi peralatan pesakit akan dibayar pada kadar 100% daripada nilai perolehan ataupun mengikut harga pasaran tertakluk kepada mana-mana yang lebih rendah.
  5. Sekiranya peralatan yang dibeli oleh pemohon tidak mengikut syor pegawai perubatan kerajaan atau melebihi daripada keperluan yang sepatutnya, Bahagian Kebajikan berhak mengesyorkan peralatan pesakit yang releven dengan keadaan pesakit dan pembayaran balik dibuat berdasarkan harga peralatan yang disyorkan

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web di pautan https://www.jhev.gov.my/bantuan-untuk-veteran-atm/meringankan-beban-kewangan?view=article&id=28&catid=14&fbclid=IwAR1wkmyX3geLETnCNkkx_-wJjNXML5eSucq_iD1GXGS342qBi1kFz1AAURk
  2. Klik butang ‘Muat Turun’ dan muat turun borang permohonan.
  3. Lengkapkan borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan tersebut ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon menetap.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Buku perkhidmatan.
  2. Sijil kematian veteran/pasangan.
  3. Kad veteran.
  4. MyKad veteran/pasangan/anak.
  5. Laporan perubatan (RM2k dan ke atas).
  6. Sijil lahir/Sijil anak angkat.
  7. Sijil nikah.
  8. Buku akaun bank.
  9. Kad OKU.
  10. 3 sebut harga daripaa 3 pembekal berbeza.
  11. Resit asal.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Peralatan Pesakit, sila layari https://www.jhev.gov.my/ atau hubungi talian Call Centre JHEV di 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.