Advertisements

Cara Keluar Duit Tanpa Menggunakan Kad Menerusi Maybank MAE

Advertisements

Orang ramai yang mempunyai akaun bank Maybank dan mempunyai aplikasi Maybank MAE kini boleh mengeluarkan duit di dalam akaun tanpa menggunakan kad di mesin ATM.

Sebelum ini, pengguna Maybank boleh mengeluarkan duit tanpa menggunakan kad namun melalui penggunaan kod SMS.

Namun kini, para pengguna boleh mengeluarkan duit tanpa menggunakan kad menerusi aplikasi Maybank MAE yang telah dimuat turun di dalam telefon bimbit.

Ciri pengeluaran duit tanpa kad ini hanya disokong oleh aplikasi Maybank MAE sahaja dan tidak menyokong aplikasi Maybank2U.

Cara Menyediakan Tetapan

Pengguna terlebih dahulu perlu menyediakan tetapan bagi pengeluaran duit tanpa menggunakan kad dan langkah-langkah tersebut boleh dilakukan menerusi cara berikut:

1. Buka aplikasi Maybank MAE.

2. Klik butang ‘Manage.’

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

3. Buang salah satu ‘Widget’ dengan klik butang ‘-‘ dan klik butang ‘+’ pada perkataan ATM Cash-Out serta klik ‘Save Change.’

4. Pengguna akan melihat paparan telah bertukar seperti di bawah.

5. Kemudian, klik bahagian ‘ATM Cash-Out.’

6. Klik pada kotak ‘I confirm that I have read the above and agree to the Terms & Conditions’ dan klik butang ‘Confirm.’

7. Masukkan OPT Password yang dihantar melalui telefon bimbit dan klik butang ‘✓’

8. Kemudian, klik butang ‘Done’ untuk melengkapkan tetapan dan tunggu pengesahan sehingga 24 jam.

Cara Mengeluarkan Duit Di ATM

Untuk mengeluarkan duit di mesin ATM tanpa menggunakan kad, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka aplikasi Maybank MAE dan klik butang scan di bahagian tengah aplikasi.

2. Scan QR kod di mesin ATM

3. Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan.

4. Klik butang ‘Withdraw Now’ dan duit akan dikeluarkan.

Penerangan Lanjut

Penerangan lanjut boleh ditonton menerusi video ini di pautan https://www.youtube.com/watch?v=lymZomz2duo&t=74s.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.