Advertisements

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan MAINS Tahun 2022

Advertisements

Untuk sesi persekolahan tahun hadapan, pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membuka permohonan Bantuan Awal Persekolahan MAINS Tahun 2022 kepada para ibu bapa di Negeri Sembilan yang memerlukan.

MAINS merupakan institusi berkaitan agama Islam di Negeri Sembilan yang mana salah satu objektif penubuhannya adalah untuk memperkasakan pendidikan dan sosioekonomi umat Islam di Negeri Sembilan.

Bagi mencapai objektif ini, MAINS mewujudkan bantuan awal persekolahan ini bagi membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menguruskan persekolahan anak-anak mereka bagi sesi akan datang.

Ibu bapa yang berminat untuk memohon boleh membuat permohonan mulai 1 Disember 2021 sehingga 15 Mac 2022.

Sesi Persekolahan

Permohonan bagi Bantuan Awal Persekolahan MAINS Tahun 2022 adalah bagi sesi persekolahan untuk:

  • Pra Sekolah: Berumur 6 tahun sahaja.
  • Sekolah Rendah: Tahun 1-6 sahaja.
  • Sekolah Menengah: Tingkatan 1-5 sahaja.

Syarat Permohonan

Ibu bapa yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap beragama Islam.
  2. Bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. Kelulusan tertakluk kepada pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang bersekolah.

Cara Memohon

Ibu bapa yang ingin membuat permohonan perlu mendapatkan borang permohonan di kaunter-kaunter MAINS berhampiran.

Lokasi kaunter-kaunter MAINS boleh dirujuk melalui jadual di bawah:

Lokasi/DaerahAlamat
Menara MAINSIbu Pejabat Bahagian Agihan, Jabatan Zakat, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan
Aras 14, Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
SenawangNo.22, Taman Komersial Senawang, 70450 Seremban.
Port DicksonNo 3A – G , Jalan Waterfront 3 Port Dickson,Waterfront, 71000 Port Dickson.
Kuala PilahNo,3 Tingkat 1, Jalan Angkasa Jaya, Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah.
TampinPT 62, Tingkat 1, Tampin Square, Jalan Besar, 73000 Tampin.
JelebuNo.12, Tingkat Atas, Kedai Perhentian Bas Kuala Klawang, 71600 Kuala Klawang, Jelebu.
JempolNo 21 Jalan Casuarina 3, Pusat Perniagaan Casuarina, 72100, Bahau
RembauNo 2,Tingkat Bawah, Bangunan RTC Rembau, Jalan Dato’ Sedia Raja, 71300 Rembau.
GemasLot 2000/1-F, Jalan Besar Gemas, 73400 Gemas, Negeri Sembilan.
NilaiLot 196, Jalan Nilai Square 6, 71800 Nilai.
JoholNo. 1, Bangunan Kedai Air Mawang, 73100 Johol, Negeri Sembilan.

Dokumen Yang Diperlukan

Ibu bapa juga perlu membawa bersama dokumen yang diperlukan ke kaunter MAINS berhampiran seperti:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Salinan MyKid/MyKad/sijil kelahiran tanggungan.
  3. Salinan Sijil Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian (jika berkenaan).
  4. Salina penyata akaun bank/pengesahan akaun bank.
  5. Salinan Slip Gaji/pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan (jika bekerja).
  6. Salinan Bil Air dan Elektrik tempat tinggal pemohon.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hantar email ke [email protected] atau melayari laman web https://www.mains.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements