Advertisements

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 SMA MAIWP & SMISTA 2022

Advertisements

Ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) atau Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), permohonan kemasukan bagi Tingkatan 1 sesi 2022 telah dibuka.

Untuk makluman, SMA MAIWP dan SMISTA ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh MAIWP yang ditubuhkan pada 2006 dan 2011.

Objektif penubuhan SMA MAIWP adalah untuk bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.

Manakala objektif penubuhan SMISTA adalah untuk memenuhi permintaan dan kehendak masyarakat yang telah sekian lama ingin melihat agar wujudnya sebuah sekolah agama integrasi sains & tahfiz di peringkat Wilayah Persekutuan, terutamanya di Kuala Lumpur.

Oleh itu, permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 1 SMA MAIWP dan SMISTA bagi tahun 2022 boleh dilakukan mulai 8 Disember sehingga 31 Disember 2021.

Kurikulum SMA MAIWP & SMISTA

Kurikulum yang ditawarkan di SMA MAIWP adalah berdasarkan:

  • Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) iaitu pengajaran dan pembelajaran subjek teras dan elektif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Kurikulum Dini Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Usul Al-Din, dan Al-Syariah.

Manakala kurikulum yang ditawarkan di SMISTA pula adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) iaitu pengajaran dan pembelajaran subjek teras dan elektif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Kurikulum Tahfiz.
  • Hafazan Al-Quran 30 juzuk (Tingkatan 1 hingga 5).

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan bagi kemasukan Tingkatan 1 SMA MAIWP dan SMISTA adalah seperti berikut:

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan diberikan kepada murid yang lahir atau bermastautin di Wilayah Persekutuan.
  3. Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Modul Penilaian Kafa (MPKAFA).
  4. Berkebolehan menulis jawi serta membaca Al-Quran dengan baik.
  5. Aktif dalam bidang kokurikulum.
  6. Penilaian menggunakan kaedah Penilaian dan Pentaksiran Kurikulum Sekolah Rendah (PPKSRA).
  7. Lulus cemerlang dalam temuduga kemasukan.

Prosedur Permohonan

Ibu bapa boleh membuat permohonan kemasukan anak-anak mereka melalui laman web https://www.maiwp.gov.my/.

Murid yang terpilih perlu menghadiri temuduga kemasukan sebelum disahkan kemasukan ke SMA MAIWP atau SMISTA pada tahun 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukan ke kedua-dua institusi pendidikan di bawah MAIWP ini, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.