Usahawan mikro dan kecil Bumiputera terutamanya mereka yang tergolong dalam B40 di Negeri Kedah, EKUITI Nasional Bhd (Ekuinas) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan menyalurkan dana menerusi Iltizam (EMP) Ehsan Fasa II.
Tujuan Iltizam EMP Ehsan diwujudkan adalah untuk membantu untuk membantu usahawan mikro dan kecil Bumiputera khususnya mereka dalam golongan B40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Dengan pemberian dana ini, diharapkan usahawan mikro dan kecil Bumiputera dapat bangkit kembali meneruskan perniagaan mereka yang terjejas.
Oleh itu, usahawan mikro dan kecil Bumiputera yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 7 Disember 2021 secara atas talian.
Skop Bantuan
Melalui program ini, perniagaan yang layak akan diberikan bantuan kewangan sekali beri sebagai modal kerja, modal untuk menceburi bidang baharu, dan juga untuk perbelanjaan operasi seperti sewa, gaji dan utiliti.
Syarat Permohonan
Usahawan mikro dan kecil Bumiputera yang berminat untuk memohon Iltizam EMP Ihsan Fasa 2 perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:
- Terbuka kepada semua usahawan mikro kecilan yang menetap di Negeri Kedah.
- Tidak menerima bantuan agensi lain.
- Perniagaan adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau mana-mana pihak berkuasa di lokaliti perniagaan pemohon.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan pendaftaran berikut https://docs.google.com/forms/d/1K0mxRXvt5Om6euX1Zz7HYDsycgDR6oc7pYd1HqAaLqs/viewform?fbclid=IwAR1qsaaPmd2HjC8nSzxSW_PozpAPE0LegTTowemYqE2amZ8-afme3wv_2zk&edit_requested=true.
- Baca syarat permohonan yang ditetapkan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan ialah sijil SSM atau pengesahan daripada PBT.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Iltizam EMP Ehsan Fasa 2, sila hubungi Bahagian Pembangunan Asnaf LZNK melalui telefon atau whatsapp ke 019-4654255.