Advertisements

Geran Agropelancongan Perikanan: Pembiayaan Sehingga RM200 ribu

Advertisements

Bagi pengusaha agropelancongan sektor perikanan di seluruh negara, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah membuka permohonan bagi mendapatkan Geran Agropelancongan Sektor Perikanan bagi tahun 2021.

Untuk makluman, agropelancongan adalah aktiviti pelancongan yang berkaitan sektor pertanian iaitu berasaskan tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani dan kraftangan.

Bagi geran ini, permohonan adalah dikhususkan kepada perniagaan sektor perikanan yang dijalankan oleh para pengusaha di seluruh negara.

Oleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan terus kepada DOF untuk mendapatkan geran ini.

Komponen Produk

Peruntukan geran ini memberi tumpuan kepada pusat-pusat agropelancongan sektor perikanan yang menyediakan aktiviti/produk agropelancongan yang berpotensi menjadi tumpuan pengunjung seperti berikut:

  • Produk berasaskan perikanan seperti perikanan tangkapan, akuakultur, perikanan darat dan perikanan rekreasi.
  • Produk berasaskan pendidikan perikanan, konservasi sumber dan warisan perikanan.
  • Produk berasaskan kesihatan.
  • Produk berasaskan inap desa (homestay) dan chalet.
  • Produk berasaskan makanan.
  • Produk berasaskan kraftangan/kraftani
  • Produk berasaskan persidangan, insentif, konvensyen pameran (MICE).
  • Produk berasaskan budaya.

Skop Pembiayaan

Geran ini menyediakan bantuan sehingga nilai maksimum RM200,000.00 bagi membina dan menaiktaraf infrastruktur seperti berikut:

  • Jalan crusher run, mini tar dan pembaikan laluan masuk.
  • Pembinaan dan naiktaraf surau.
  • Pembinaan dan naiktaraf dewan, galeri jualan, tandas awam, dan pusat informasi pengunjung.
  • Pengindahan landskap.
  • Pembinaan dan naiktaraf longkang/perparitan dan sistem perpaipan dalam kawasan.
  • Pembinaan dan naiktaraf papan tanda.
  • Menaiktaraf infrastruktur berkaitan aktiviti perikanan.
  • Lain-lain skop kerja bina dan naiktaraf yang mendapat kelulusan Jawatankuasa.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi pemohon yang berminat untuk memohon geran ini adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pengusaha yang sedang menjalankan aktiviti pengeluaran makanan berasaskan perikanan.
  3. Entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
  4. Pengusaha-pengusaha di bawah kategori pengusaha kecil dan mikro iaitu yang memperoleh nilai jualan tahunan kurang atau tidak melebihi RM3 juta.

Namun, pihak DOF menyatakan keutamaan ini akan diberikan kepada:

  • Projek sedia ada dimana aktiviti perikanan telah dijalankan dan berpotensi untuk menerima kunjungan pengunjung.
  • Menerapkan elemen pelancongan dimana pengunjung dapat merasai aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta mengenali secara lebih dekat khazanah warisan bangsa, keunikan budaya serta tradisi masyarakat setempat (feel), menikmati hidangan unik mengikut negeri (taste) dan berinteraksi dengan hidupan/ternakan (catch)
  • Belum pernah diluluskan bantuan geran agropelancongan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
  • Telah menunjukkan prestasi perniagaan perikanan yang baik sekurang-kurangnya 1 tahun dan tidak diisytihar muflis.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu terus menghubungi urusetia geran menerusi maklumat berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Geran Agropelancongan Sektor Perikanan, sila layari laman web DOF iaitu https://www.dof.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.