Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah membuka permohonan bagi usahawan orang asli mendapatkan bantuan peralatan menerusi Permohonan Bantuan Peralatan Quick Win JAKOA.
Untuk makluman, JAKOA ialah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal dan kemajuan Orang Asli.
Oleh itu, salah satu bantuan yang diwujudkan oleh JAKOA ialah Bantuan Peralatan Quick Win JAKOA yang bertujuan untuk membantu usahawan Orang Asli dalam meneruskan kelangsungan perniagaan dalam menyediakan geran peralatan atau latihan beserta latihan yang bersesuaian.
Bagi mereka yang berminat untuk memohon bantuan ini, permohonan bantuan dibuka mulai 1 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022.
Objektif Bantuan
Objektif bantuan ini diwujudkan oleh JAKOA adalah seperti berikut:
- Menyediakan geran bantuan peralatan kepada usahawan Orang Asli bagi meneruskan kelangsungan perniagaan.
- Membantu usahawan Orang Asli yang terjejas semasa pandemik COVID-19.
- Membantu usahawan Orang Asli B40 ke bawah.
- Membantu mengembangkan perniagaan hasil jualan.
Kadar Bantuan & Penerima
Kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak RM5,000 maksima bagi setiap peralatan.
Kuota bilangan penerima pada tahun 2022 adalah sebanyak 60 usahawan Orang Asli dan kumpulan sasar penerima yang ditetapkan adalah seperti:
- Usahawan Orang Asli yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
- Usahawan Orang Asli B40 dan ke bawah.
Skop Bantuan
Skop bantuan peralatan yang disediakan adalah terbahagi kepada 3 jenis bantuan iaitu:
- Peralatan ICT
- Peralatan packaging
- Peralatan peruncitan
A- Peralatan ICT
Peralatan ICT yang ditawarkan terbahagi kepada 2 pakej iaitu:
Pakej | Peralatan |
A1 | -Mesin Pencetak -Komputer Riba |
A2 | -Mesin Pencetak -Telefon Pintar |
Usahawan yang memohon peralatan ICT mestilah mengikut kriteria berikut:
- Usahawan mahir menggunakan peralatan ICT
- Kawasan perniagaan mempunyai capaian internet yang baik.
- Mempunyai produk untuk ditawarkan secara atas talian.
- Usahawan yang menjalankan perniagaan atas talian akan diberikan keutamaan.
- Komited untuk mengembangkan perniagaan menggunakan teknologi dan inovasi.
B- Peralatan Packaging
Peralatan Packaging yang boleh dipohon adalah seperti berikut:
- Plastic Sealer
- Penimbang Digital
- Price Labeller
- Mesin Juruwang
- Mesin Pencetak Sticker
Usahawan yang memohon peralatan packaging mestilah:
- Usahawan yang mempunyai produk sendiri untuk dipasarkan.
- Mahir mencipta reka bentuk jenama sendiri.
C- Peralatan Peruncitan
Peralatan peruncitan yang boleh dipohon adalah seperti:
- Boltless Rack
- Chiller
- Price Labeller
- Mesin Juruwang
- Penimbang Digital
Usahawan yang boleh memohon peralatan ini adalah seperti berikut:
- Usahawan yang memerlukan peralatan peruncitan bagi mengembangkan perniagaan.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi permohonan Bantuan Peralatan Qucik Win JAKOA adalah seperti berikut:
- Usahawan Orang Asli yang menjalankan perniagaan di Semenanjung Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa dan disahkan oleh Pegawai Negeri/ Daerah JAKOA.
- Usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan diberi keutamaan.
- Jumlah pendapatan tahunan dibawah RM150,000.00.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan google form https://forms.gle/Tc7HHhEozvMkdT7Q6 atau menggunakan Borang BBUPI.1/98 secara manual (Borang Permohonan Pemberian Peruntukan Bimbingan Usahawan Dan Perusahaaan & Industri Kepada Orang Asli Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia).
- Bagi permohonan secara atas talian dan manual, isi semua maklumat yang diperlukan.
- Klik butang ‘Next’ untuk pergi ke paparan seterusnya.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk membuat penghantaran borang.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan yang perlu dimuat naik atau disertakan secara manual adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan.
- Sijil lahir.
- Salinan SSM (jikalau ada).
- Salinan latihan/kursus perniagaan yang pernah dihadiri.
- Maklumat bantuan yang pernah diperolehi.
- Kertas Cadangan Rancangan Perniagaan.
- Gambar Passport Pemohon.
- Gambar Premis (depan dan belakang).
- Gambar peralatan perniagaan, gambar dalam premis dan gambar produk.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi pihak JAKOA di talian 03-2161 0577.