Advertisements

EMP Ihsan: Bantuan Kewangan One-Off Usahawan Mikro Pulau Pinang

Advertisements

Usahawan mikro Bumiputera di Pulau Pinang boleh memohon bantuan kewangan one-off menerusi Iltizam Program Mentor Usahawan Ihsan (EMP Ihsan) yang disalurkan oleh EKUITI Nasional Bhd (Ekuinas) dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang.

Untuk makluman, EMP Ihsan merupakan salah satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat Ekuiti Nasional Berhad bagi membantu usahawan mikro dan kecil Bumiputera yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Progam EMP Ihsan adalah salah satu program di bawah teras keusahawanan Iltizam yang dikenali sebagai Entrepreneur Mentorship Programme (EMP) yang dilaksanakan dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang.

Oleh itu, permohonan EMP Ihsan boleh dilakukan bermula 6 hingga 13 Oktober 2021 secara atas talian.

Tujuan Pembiayaan

Tujuan pembiayaan dana EMP Ihsan bagi usahawan mikro yang layak adalah untuk:

  • Keperluan modal perniagaan.
  • Modal perniagaan baharu (setelah kegagalan perniagaan asal akibat impak COVID-19).
  • Bantuan perbelanjaan operasi.

Sektor Perniagaan Layak Memohon

Semua jenis perniagaan dan perkhidmatan dari semua sektor ekonomi yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 layak untuk membuat permohonan.

Syarat Perniagaan

Syarat perniagaan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon EMP Ihsan adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Perniagaan dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya iaitu 100%.
  2. Perniagaan tersebut mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau di mana-mana pihak berkuasa di lokaliti perniagaan pemohon.
  3. Perniagaan pemohon dijalankan secara sepenuh masa.
  4. Pemohon merupakan usahawan asnaf/bekas asnaf/golongan B40 yang terjejas dan kehilangan pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bagi bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web zakatpenang2u.com.
  2. Klik butang ‘Log Masuk’ dan klik bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
  5. Pergi ke menu ‘Bantuan Zakat’ dan klik ‘Mohon Bantuan’ dan pilih Bantuan Perniagaan (Program Ekuinas).
  6. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  7. Hantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai EMP Ihsan, sila hubungi Bahagian Keusahawanan Asnaf Zakat Pulau Pinang di talian 011-2872 4588.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.