Graduan/belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi masih belum memulakan perniagaan, anda dipelawa untuk menyertai program latihan asas keusahawanan secara dalam talian iaitu New Gen Entrepreneurs Online Bootcamp (N-GENE).
N-GENE diterajui oleh unit PROTEGE, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama dari SME Bank CEDAR, PERNAS, INSKEN dan juga TEKUN Nasional.
Untuk makluman, Perdana Menteri pada 17 Mac 2021 sebelum ini telah mengumumkan program N-GENE sebagai salah satu inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi menjana semula ekonomi negara melalui peningkatan bilangan usahawan baru dalam kalangan belia graduan.
Program ini juga turut disenaraikan sebagai program di bawah kerjasama MEDAC-KPT-KBS dan juga Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi MEDAC Pasca COVID-19.
Graduan/belia yang berminat boleh mendaftar program N-GENE sebelum 15 Oktober 2021.
Mengenai N-GENE
N-GENE ialah sebuah program latihan asas keusahawanan secara dalam talian serta bimbingan perniagaan end-to-end untuk membantu graduan atau belia memulakan perniagaan berisiko rendah.
Graduan atau belia kemudiannya akan dibimbing melalui perniagaan francais/pra-francais secara dalam talian dan bimbingan perniagaan secara percuma.
Manfaat Peserta
Peserta yang menyertai program N-GENE akan mendapat manfaat-manfaat berikut:
- Latihan asas keusahawan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan secara percuma.
- Pembiayaan sehingga RM100,000 dengan geran mikro permulaan perniagaan sebanyak RM3,000.
- Geran permulaan yang dimulakan dipadankan dengan perniagaan francais atau pra-francais bagi yang belum memulakan perniagaan.
- Business coach yang berpengalaman dan professional.
- Janaan pendapatan program sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi 3 bulan dalam tempoh program.
Struktur Program
Struktur program N-GENE yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
Kriteria Peserta
Kriteria peserta yang layak untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 40 tahun.
- Graduan Diploma dan ke atas adalah nilai tambah bagi permohonan ini.
- Kriteria tambahan yang ditetapkan adalah:
– Baru memulakan perniagaan.
– Berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan.
Cara Memohon
Untuk memohon program N-GENE, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web berikut http://protege.gov.my/www/index.php?id=9&page_id=82.
- Pergi ke bahagian ‘Pendaftaran.’
- Pilih sama ada bahagian ‘Graduan/belia yang baru memulakan perniagaan’ dan ‘Graduan/belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan’ diikuti dengan butang ‘Daftar Di Sini.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai program ini, sila hubungi pihak sekretariat iaitu 03-2935 8989 (sambungan 302) atau menghantar email ke alamat [email protected].