protege tnb

Permohonan Protege TNB 2020: Elaun RM2,000 Sebulan Disediakan

Program Protege TNB sesi kemasukan Mac 2020 kini dibuka.

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi TNB.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang program tersebut serta syarat kelayakan terkini sesi kemasukan Mac 2020.

Tentang Protege TNB

Dulunya dikenali sebagai SL1M.

Kini Protege atau Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs diberi nafas baru dengan harapan dapat meningkatkan peluang pekerjaan peserta sama ada sebagai usahawan atau pekerja dengan entrpreneurial thinking sambil mendedahkan dengan asas keusahawanan (entrepreneurship mindsetting) melalui latihan intensif bersama Host Company.

Melalui program ini, peserta akan dilatih dengan pelbagai ilmu softskills selama seminggu di ILSAS (Bangi).

Peserta kemudiannya akan dihantar menjalani OJT selama 5 bulan 3 minggu di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia.

Elaun RM2,000 sebulan turut disediakan.

Selain itu, faedah lain yang disediakan termasuklah:

  • Kelayakan cuti  sebanyak 6 hari sepanjang 6 bulan latihan.
  • Tertakluk di bawah Perlindungan Insurans sepanjang 6 bulan latihan.
  • Bayaran balik rawatan perubatan sehingga RM360 sepanjang 6 bulan latihan. Cuti MC 3 hari.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Februari 2020.

Syarat Kelayakan

Berikut syarat-syarat kelayakan bagi memohon ke program Protege TNB.

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal (kuasa), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan / Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik , Undang-Undang dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia (Yang bersesuaian dengan bisnes TNB)
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 28 tahun.
  • Graduan ijazah dari dalam dan luar negara  yang masih belum mendapat  pekerjaan
  • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed).
  • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
  • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Pendapatan B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (kekangan utk jaga ahli keluarga).
  • Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

Cara Memohon

Untuk memohon sila isi dan lengkapkan borang permohonan secara online di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang program Protege, layari laman web rasmi https://www.protege.my/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.