Advertisements

eBelia: Tebus Kredit RM150 Melalui ShopeePay Bermula 1 Jun 2021

Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan telah mengumumkan pemberian kredit kepada para belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerusi Program eBelia berjumlah RM150 bermula 1 Jun 2021.

Untuk makluman, Program eBelia dilaksanakan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara.

Menerusi program eBelia ini, para belia dan pelajar IPT yang layak boleh membuat penebusan kredit mulai 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.

Salah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat penebusan kredit ini adalah Shopee menerusi ShopeePay.

Jumlah Penebusan Kredit

Program eBelia telah diumumkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2021 dengan kadar RM50.

Namun jumlah tersebut telah dinaikkan kepada RM150 menerusi program PEMERKASA yang diumumkan oleh kerajaan.

Bagi individu yang memilih untuk membuat penebusan melalui Shopee, mereka akan menerima tambahan RM5 jika mereka membuat pengesahan kad pengenalan bagi pengaktifan akaun ShopeePay.

Kredit tambahan RM5 tersebut akaun ShopeePay pengguna dalam masa 5 hari selepas pengesahan dibuat.

Selain itu, individu juga berpeluang untuk menerima baucar Shopee yang bernilai sehingga RM500 jika bertuah.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi para belia dan pelajar IPT yang ingin membuat penebusan kredit eBelia ShopeePay adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar IPT dalam negara.
  3. Tidak pernah membuat penebusan kredit eBelia dalam mana-mana platform eWallet yang lain.
  4. Kad pengenalan sudah mendapat pengesahan untuk pengaktifan ShopeePay.

Cara Membuat Penebusan

Untuk membuat penebusan melalui Shopee, individu boleh membuat penebusan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun dan buka aplikasi Shopee https://shopee.com.my/.
  2. Klik banner eBelia di bahagian atas.
  3. Klik bahagian ‘Claim Now.’
  4. Sahkan kad pengenalan dengan klik ‘Verify Now.’
  5. Masukkan gambar kad pengenalan dan selfie bersama kad pengenalan.
  6. Klik butang ‘Confirm.’
  7. Setelah mendapat pengesahan, masukkan maklumat diri dan hantar.
  8. Kredit eBelia berjumlah RM150 dimasukkan ke akaun ShopeePay.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penebusan eBelia melalui Shopee, sila layari https://shopee.com.my/m/ebelia-claim.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.