Advertisements

e-LATiH PEMERKASA Plus: Portal Pembelajaran & Kemahiran Percuma

Advertisements

Para pekerja dan orang awam kini boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kerjaya melalui portal pembelajaran percuma di bawah HRD Corp iaitu e-LATiH menerusi inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).

Untuk makluman, HRD Corp ialah agensi kelolaan Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab untuk mendorong aspirasi pengembangan bakat Malaysia melalui pungutan levi daripada majikan dan pembiayaan program latihan serta pembangunan untuk tenaga kerja Malaysia.

Menerusi portal e-LATiH, pengguna boleh mengakses kursus dan pengisian berasaskan pembangunan kemahiran dan pendidikan yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia.

Kewujudan portal e-LATiH ini juga adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu rakyat dalam tempoh sukar memerangi COVID-19 khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Mengenai PEMERKASA Plus

Inisiatif PEMERKASA Plus yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan 3 matlamat utama iaitu:

  • Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Menerusi matlamat kedua iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanakan portal pembelajaran e-LATiH secara percuma bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran khususnya kepada para pekerja.

Portal ini juga menyediakan lebih 400 modul dan kursus kemahiran yang disediakan bagi tujuan pembelajaran terbabit.

Kategori Kursus

Terdapat 12 kategori kursus yang ditawarkan menerusi portal e-LATiH ini iaitu:

  1. Pembangunan Peribadi
    – Meningkatkan kemahiran pekerja dan individu, sama ada untuk persiapan menghadapi temuduga, mempelajari bahasa baru ataupun meningkatkan pemikiran kritis.
  2. Pengurusan Projek
    – Kemahiran pengurusan projek untuk memulakan, merancang, melaksana dan mengurus inisiatif baharu serta perubahan dalam organisasi.
  3. Kepimpinan
    – Meningkatkan kemahiran sebagai pengurus dan pemimpin dalam aspek pengurusan diri, pasukan dan organisasi dengan berkesan. Selain itu, kemahiran lain juga disediakan seperti cara berkomunikasi dengan berkesan, berfikir secara strategik serta memberi inspirasi kepada orang lain.
  4. Pendigitan
    – Kemahiran mengenai dunia transformasi dan teknologi digital bagi mengharungi perubahan digital.
  5. Pemasaran & Inovasi
    – Kemahiran untuk meningkatkan pendapatan perniagaan, mengembangkan produk baharu, serta menghasilkan jenama yang berkesan seperti penjualan dan perundingan, pemasaran dan pengiklanan, atau pengurusan inovasi dan penghasilan produk baharu.
  6. Pengaturcaraan
    – Pengekodan asas hingga kejuruteraan perisian canggih, tingkatkan kemahiran pengaturcaraan komputer, teknologi internet dan sains data.
  7. Kelestarian
    – Kemahiran untuk memastikan kelestarian kehidupan dan alam sekitar.
  8. Kemahiran Kewangan
    – Kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam bidang kewangan seperti ‘bookkeeping’, perakaunan, dan analisis kewangan.
  9. Bahasa
    – Mempelajari bahasa baharu bagi perjalanan ke luar negara atau ingin bercakap dengan bangsa asing yang berdekatan dengan rumah.
  10. Perkhidmatan Pelanggan
    – Kemahiran dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan melalui proses dan pemikiran yang berkesan.
  11. Industri Spesifik
    – Pengetahuan seperti Aeroangkasa, Bahan Komposit, Makanan dan Minuman, Hospitaliti, hingga Pembuatan Lean (Lean Manufacturing) dan banyak lagi.
  12. Kesihatan dan Keselamatan
    – Pengetahuan penjagaan keselamatan diri dan individu lain di tempat kerja untuk mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar ke dalam portal e-LATiH dan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://signup.elatih.com/.
  2. Masukkan maklumat akaun dan klik butang ‘Continue.’
  3. Masukkan maklumat peribadi dan klik butang ‘Create Account.’
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Ikuti kursus-kursus yang ditawarkan.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai portale-LATiH, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-4800 atau melayari laman web https://elatih.hrdcorp.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.