Advertisements

Permohonan Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok RM500 LZNK

Advertisements

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan bagi pelajar pondok yang sedang belajar di institusi pondok Negeri Kedah untuk memohon Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok 2021.

Untuk makluman, Agihan Zakat Untuk Pelajar disediakan kepada rakyat negeri Kedah yang sedang mengikuti pengajian pondok secara sepenuh masa di pusat-pusat pengajian pondok yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.

Tujuan agihan ini diwujudkan untuk menampung sebahagian kos pembelian kitab dan peralatan pengajian sepanjang menuntut pengajian di institusi pondok secara sepenuh masa.

Pemohon yang berminat, permohonan dibuka mulai 21 November 2021 sehingga 6 Disember 2021.

Jumlah Agihan

Jumlah agihan yang akan diberikan kepada pelajar adalah sebanyak RM500 seorang pelajar untuk tahun 2021.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin mendapatkan agihan ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar sedang menetap atau bermastautin di Negeri Kedah sekurangkurangnya 2 Tahun.
  2. Pelajar berumur antara 13 hingga 25 Tahun pada tahun 2021.
  3. Pelajar sedang menuntut pengajian di Pondok secara sepenuh masa sekurang-kurangnya 1 tahun.
  4. Tempat Pengajian (Pondok) berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari laman web https://bit.ly/AgihanPelajarPondok.
  2. Klik butang ‘Permohonan Baru.’
  3. Satu ‘Pop-Up’ akan keluar dan klik butang ‘Ok.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  6. Klik butang ‘Hantar Permohonan.’

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar).
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris.
  3. Salinan Sijil Pendaftaran Pondok dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah atau JAKIM (https://simpeni.islam.gov.my/).
  4. Salinan Akaun Bank Pemohon.
  5. Borang Pengesahan Status Pengajian oleh Pusat Pengajian (Muat turun melalui pautan http://ipt.zakatkedah.com.my/iptonline/pdf/Borang%20Pengesahan%20Status%20Pengajian%20oleh%20Pusat%20Pengajian(PONDOK).pdf.

Bagi borang pengesahan status pengajian, pihak yang dibenarkan untuk membuat pengesahan adalah dalam kalangan pentadbir Madrasah/Pondok yang memiliki autoriti sahaja seperti Mudir, Timbalan Mudir, Pegawai Tadbir Pondok, Pengurus Pondok dan lain-lain.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok, sila hubungi Bahagian Pendidikan LZNK di talian 04-7331740 atau whatsapp ke 013-4592071.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.